Perkataan modem diambil dari singkatan modulator dan demodulator.
Kombinasi perkataan itu bermaksud signal digital dalam komputer ditukar ke analog (modulation) dan menukar balik dari analog ke signal digital (demodulation).
Contoh mudah, dua buah komputer yang disambungkan dengan modem melalui talian telefon untuk menghantar dan menerima signal.
Lihat Rajah. Modem bertindak sebagai perkakasan antaramuka (interface) di antara komputer dan ISP.
Talian telefon sebagai media untuk penghantaraan data secara analog. Semasa melayari Internet, komputer memproses semua maklumat dan dibentangkan di skrin monitor dalam bentuk laman web berpangkinkan sistem operasi Windows.
Signal digital (data) dari komputer A akan ditukarkan oleh modem menjadi signal analog (bunyi) dan dihantar melalui talian telefon. Modem penerima akan menukarkan signal analog kepada signal digital dan diproses oleh komputer penerima B. Begitulah juga yang akan berlaku bila ada pertukaran data dari komputer B ke komputer A.
Modem luar (External modem)
Modem luar dipasang di port COM2 dengan kabel yang dibekalkan. Sekiranya komputer menggunakan sistem operasi Win95 atau Win98, modem yang mempunyai kelebihan PnP (Plug and Play) biasanya dikesan dan pemasangannya amat mudah sekali. Semasa pemasangan dibuat, modem luar perlu dihidupkan agar ia dapat dikesan. Gagal berbuat demikian, sistem operasi tidak dapat mengesan modem dan pemasangan terpaksa diulang.
DSP
Modem luar biasanya agak laju dari modem dalam kerana ia memproses dan menghantar signal tanpa bantuan CPU. Modem jenis ini dipanggil modem DSP yang bermaksud 'digital signal processor'. Terdapat satu jenis lagi modem luar yang menggunakan USB sebagai penyambungnya. Dengan cara ini, kelajuan ditambah hampir 10 peratus dari modem yang dipasang di port COM2. Modem USB boleh digunakan sekiranya papan induk ada penyambung komponen tersebut. Modem USB, seperti rakannya modem dalam, memerlukan bantuan CPU untuk memproses signal.
Modem dalam (Internal modem)
Berlainan pula dengan modem dalam, konfigurasinya agak rumit sedikit. Ada tiga jenis modem dalam iaitu yang menggunakan slot PCI, slot ISA dan slot CNR. Modem slot PCI (bas 32-bit) lebih baik jika dibandingkan dengan slot ISA (bas 16-bit) kerana kelajuan penghantaran data. Walau bagaimanapun modem jenis slot ISA sudah tidak dikeluarkan lagi. Dari segi cara pemasangan, ketiga-tiganya tidak ada perbezaan.
HSP
Modem slot CNR (Communication Network Riser) yang dibekalkan bersama papan induk, biasanya ditulis huruf M di luar kotak perkakasan berkenaan untuk menyatakan kemudahan itu. Lihat Rajah. Modem dalam dipanggil HSP iaitu host signal processor, perlu bantuan CPU untuk memproses signal dan dengan sendirinya cuma boleh berkerja dengan CPU yang berkuasa umpamanya Pentium Celeron 400MHz ke atas. Sebelum membeli, cuba pastikan kehendak modem dan kemampuan komputer bersesuaian.
No comments:
Post a Comment