Kaji Semula Cuti Sekolah?

Ini pula jawapan KPM.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Utamakan Pelajaran, Kuala Lumpur” dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbar Berita Harian bertarikh 31 Disember 2011Kaji semula tempoh cuti persekolahan.

KPM mengucapkan ribuan terima kasih di atas perhatian dan cadangan berkaitan untuk mengkaji semula tempoh cuti persekolahan.

Dimaklumkan segala perihal penggal persekolahan, hari persekolahan dan cuti sekolah adalah tertakluk kepada Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penggal, Hari, Cuti Sekolah) 1998 yang mula berkuatkuasa pada 21 Mei 1998 iaitu Hari Sekolah ialah hari sekolah bagi mana-mana satu tahun hendaklah tidak kurang daripada 190 hari.

Sehubungan itu, cuti penggal persekolahan adalah dirancang berdasarkan peruntukan Akta Pendidikan 1996 tersebut. Oleh itu, ibu bapa hendaklah merancang aktiviti-aktiviti yang berfaedah untuk anak-anak mereka sewaktu cuti sekolah. Yang lebih utama, cuti persekolahan adalah masa paling sesuai untuk anak dan keluarga melakukan aktiviti bersama bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Ini pula respon penulis.
Saya amat menyokong KPM. Masa cuti sekolah inilah, selain daripada hendak mengeratkan hubungan ibu bapa dan murid-murid, hubungan kekeluargaan para cikgu dan cikgi pun hendak dieratkan juga.

Artikel ini saya petik daripada laman web KPM. 





Terima Kasih

No comments:

Post a Comment