Sudut - Sudut Pembelajaran Di Dalam Kelas Pemulihan Khas

Salam semua.

Antara sudut atau ruang yang telah saya buat adalah:
  • sudut Matematik
  • sudut bacaan @Mini Perpustakaan
  • sudut akses kendiri
  • sudut maklumat 
  • sudut pengurusan
  • Sudut multimedia diletakkan bersama dengan sudut bacaan bersama TV dan Radio
  • Sudut pengamatan entah bila nak dibuat!

Untuk tahun ini sahaja sudah 2 kali saya ubah susun atur kedudukan sudut-sudut. Pening saya dengan perangai saya sendiri kerana kerap mengubah susun atur perabot dalam kelas sehingga kakak staff pembersihan asyik sakat saya bila berjumpa. Katanya saya sudah pecah rekod dunia!

Berdasarkan Garis Panduan Pelaksanaan Program pemulihan Khas, edisi percubaan, 2008, terdapat 6 ruang di dalam kelas Pemulihan Khas iaitu:
  1. Ruang pengurusan
  2. Ruang P&P
  3. Ruang multimedia
  4. Ruang bahasa
  5. Ruang Matematik
  6. Ruang pengamatan
Ruang P&P yang sangat ringkas

Saya menggunakan tayangan slaid semasa P&P

Ruang di mana saya letakkan bahan bacaan dan permainan

Murid diberi pilihan sama ada ingin membaca atau bermain selepas P&P tamat. 
Namun saya fikir saya perlu asingkan ruangan ini supaya ia tidak mengganggu murid 
yang ingin membaca.

pemulihan
Almari ini saya gunakan untuk menyimpan fail, buku, alat tulis dan BBM. 
Saya fikir saya perlukan rak khusus untuk penyimpanan fail kerana almari ini 
kurang sesuai.


Terima Kasih

5 comments:

  1. menarik la... saya pun ada idea nk ikut sudut ni jugak la... tqvm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Saya tak berapa pasti sama ada sudut yang saya buat tu betul atau tidak tapi rasa-rasanya boleh diterima la kot. Satu jer belum ada - ruang pengamatan.

      Delete
  2. tumpang tanya..manakah cikgu dapat semua kemudahan ini seperti rak-rak, kain, meja kecil berbentuk bulat, dll?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rak/almari dan meja kecil bulat itu pihak sekolah dapat semasa naik taraf kelas pada 2008. Lain2 perabot diambil daripada stor sekolah kemudian recycle. Kain skirting meja tu cikgu sendiri pergi beli kat kedai guna duit sendiri...lumrah rasanya macam tu klau nak hias kelas.

      Delete