Sekolah Dibuka Semula Pada 24 Jun 2020 Bagi Pelajar Tingkatan 5 & Tingkatan 6 Yang Terlibat Dengan Peperiksaan Awam SPM, SVM, STPM, STAM

Pengumuman pembukaan semula sekolah oleh Menteri Pendidikan pada 10 Jun 2020, 4.00 petang

Sekolah akan dibuka semula pada 24 Jun 2020, pada hari Rabu. Pengumuman ini selaras dengan apa yang diberitahu oleh Dr. Radzi Md Jidin, Menteri Pendidikan, KPM sebelum ini iaitu notis pengumuman akan diberi 2 minggu lebih awal. Pada 4 Jun 2020, KPM telah mengedarkan garis panduan pengurusan pembukaan sekolah (SOP) yang boleh dimuat turun di laman sesawang rasmi KPM. Pembukaan semula sekolah ini akan melibatkan 500,444 pelajar dari 2,440 buah sekolah di seluruh negara.

7 Fakta Penting:

1. Hanya pelajar yang terlibat dengan kelas peperiksaan awam iaitu SPM, SVM, STPM dan STAM serta peperiksaan antarabangsa yang setara seluruh negara perlu ke sekolah.

2. Pemeriksaan suhu badan dibuat kepada setiap pelajar. Pelajar yang mencatatkan suhu badan melebihi 37.5 celcius atau bergejala tidak akan dibenarkan memasuki kawasan sekolah.

3. Meja di kelas disusun dengan jarak satu meter antara satu sama lain.

4. Kapasiti maksimum pelajar dalam satu kelas tidak melebihi 20 orang.

5.  Waktu rehat pelajar dijalankan secara berperingkat. Makanan dan minuman akan siap dibungkus di kantin, pelajar perlu beratur mengikut tanda penjarakan sosial dan makan di dalam kelas masing-masing di bawah pengawasan guru.

6. Aktiviti di luar bilik darjah dan aktiviti kokurikulum secara bersemuka termasuk perhimpunan rasmi mingguan adalah dilarang sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan.

7. Katil di bilik asrama pelajar disusun pada jarak 1 meter.


Nota tambahan (Akan dikemaskini):

1. Garis panduan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

2. Murid yang tidak perlu ke sekolah akan menjalani PdP di rumah secara home-based learning.

3. Sebagai penjawat awam, semua guru akan kembali bertugas di sekolah pada 24 Jun 2020 walau pun PdP murid dijalankan di rumah (home-based learning).


Dokumen untuk muat turun:



Sumber rujukan:

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment