NUTP Gesa Penilaian Semula Pindaan Takwim Persekolahan 2020 Dibuat

NUTP iaitu Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia yang mewakili suara guru menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuat penilaian semula terhadap pindaan takwim persekolahan 2020 yang tular media sosial semalam.

Aminuddin Awang selaku Presiden NUTP menyatakan bahawa beliau mengetahui tentang pindaan tersebut melalui media sosial selepas ia tular. Beliau berpendapat keputusan itu dibuat secara tergesa-gesa tanpa berbincang dengan pihak NUTP terlebih dahulu.

Sememangnya saya sendiri agak terkejut memandngkan sebelum ini Menteri Pendidikan memaklumkan bahawa takwim persekolahan sedia ada tidak akan berubah sehingga akhir tahun.

"Kita hanya mendapat berita sama seperti guru lain, apabila ia tular di media sosial dan kenyataan dikeluarkan KPM. Ini adalah suatu yang mengejutkan kita. Kita kesal kerana kita tidak dibawa berbincang. Sekiranya kita dibawa berbincang, kita akan dapat memberikan pandangan dari sudut guru-guru di peringkat bawah," - Aminuddin Awang, Presiden NUTP

Kenyataan Menteri Pendidikan pada 15 April 2020 - Cuti sekolah akhir tahun tidak dipendekkan

Kenyataan Menteri Pendidikan pada 15 April 2020 - Takwim sekolah tahun ini kekal.

Ramai guru meluahkan perasaan tidak puas hati mereka di media sosial terhadap perubahan takwim persekolahan yang berlaku yang dianggap sebagai 'u-turn' kali kedua selepas pembukaan semula prasekolah diumumkan. Ada dalam kalangan guru telah membuat tempahan tiket kapal terbang untuk pulang  ke kampung sempena cuti pertengahan penggal 2 yang juga sempena perayaan Hari Raya Korban jika mengikut takwim asal. Cuti pertengahan penggal 2 merupakan saat dan peluang ditunggu-tunggu setelah lebih 3 bulan terhalang oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk bertemu mata dengan ibu bapa dan ahli keluarga yang lain.

Semoga ada cahaya yang kembali menyinar buat semua warga guru.










Sumber rujukan:


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment