Kisah Inspirasi #1: Murid Disleksia Akhirnya Menggenggam Segulung Ijazah


Nama saya Natasha Nadira binti Mohd Zulkifli.
Anak kedua En. Zulkifli dan Pn. Noranida.

Dalam kalangan adik beradik, sayalah yang paling tidak pandai. Result tidak pernah 'umpph'. Setakat cukup makan, tidak fail sudah buat saya happy. Walaupun saya study dua kali ganda daripada orang lain, berjaga malam study dan solat hajat tapi bukan rezeki saya untuk dapat result yang gempak.

Allah beri saya banyak dugaan dalam mencari ilmu. Saya ada dyslexia, dan rabun warna. Saya tidak dapat membezakan apa yang saya tulis betul atau tidak, sebab pada mata saya setiap huruf yang saya tulis itu betul.

Sampai pernah pada satu tahap lepas dapat result STPM yang tidak seberapa, saya menangis dan mesej mama.

"Mama, mungkin angah ni tidak layak kot jadi anak mama. Tak pernah dapat result yang best-best untuk mama"

Tapi dalam dugaan yang Allah beri, Dia beri saya ibu bapa yang pada saya terbaik dalam dunia. Mungkin mama sudah tidak ingat benda ini, tapi petang itu mama balik kerja, mama peluk saya.

Mama kata;

"Tak ada satu pun anak mama yang tak layak jadi anak mama. Anak mama semua anak hadiah Allah untuk mama. Tak apa tak pandai belajar. Tapi mama syukur anak mama anak yang taat. Itu dah lebih dari cukup"

Papa pula cakap pada saya;

"Tak apa kalau Angah tak pandai belajar. Papa cuma harap nanti bila papa dah tua Angah boleh jaga papa, bagi Papa makan, itu je. Papa tak mintak lebih"

Saya masuk ke bilik dan saya menangis sepuas-puasnya dan berterima kasih pada Allah sebab beri saya ibu bapa yang terbaik dalam dunia.

Dan alhamdulillah...kini;

Mama, Papa;

Ijazah ini untuk kalian.
Terima kasih kerana jadi ibu bapa yang luar biasa.

----------------------------------------------------------------------------------------------------
Nota kaki:

Mohon maaf.

Catatan ini merupakan catatan lama dalam simpanan saya dan sudah lupa sumber asal rujukannya, malang sekali tidak dapat saya berikan kredit kepada cik/puan Natasha Nadira binti Mohd Zulkifli atas perkongsian pengalaman hidup beliau. 

Kisah Natasha membuktikan bahawa semua orang boleh berjaya termasuklah pengidap disleksia jika diberi ruang, peluang dan sokongan.


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment