Slow Learner, Lambat Belajar Atau Lembam, Salah Siapa?

Hai semua pembaca!



Jika anda seorang ibu bapa sudah pasti anda menginginkan anak anda cemerlang dalam pembelajaran dan memperolehi pencapaian yang membanggakan dalam pencapaian akademik di sekolah. Namun begitu, sekiranya realiti yang terhasil tidak seperti harapan yang diimpikan, usahlah anda menunding jari kepada anak anda dan mengatakan bahawa semua itu berpunca daripada anak anda.

Anda mungkin mengatakan anak anda malas belajar, anak anda malas berusaha atau anak anda tidak belajar bersungguh-sungguh.

Sebenarnya, apa yang perlu diketahui adalah terdapat golongan kanak-kanak yang sukar belajar, lambat belajar atau dalam bahasa Inggeris dipanggil slow learner. Mereka ini sebenarnya mencuba dan berusaha keras (try hard, fighting, struggling) dalam mempelajari sesuatu.

Memang sukar untuk ibu bapa menerima hakikat mempunyai anak yang struggle to learn atau slow learner. Itulah realiti yang dihadapi berdasarkan pengalaman saya sebagai guru. Anak tersebut akan dituduh dengan pelbagai gelaran yang mungkin tanpa sedar perkataan tersebut telah mengguris perasaan mereka lalu membuatkan mereka merasa rendah diri.

Perlu kita sedar bahawa setiap kanak-kanak mempunyai kadar kelajuan mereka yang tersendiri (own pace) dalam pembelajaran dan perkembangan. Sesetengah kanak-kanak secara semulajadinya dilahirkan belajar dengan cepat, dan ada juga yang sebaliknya di mana kanak-kanak tersebut memerlukan lebih banyak masa dan lebih bantuan serta bimbingan orang dewasa.

Apa yang boleh menyebabkan kanak-kanak lambat belajar?

Tiada sebab yang khusus menjadi punca kepada seorang kanak-kanak yang lambat belajar, namun terdapat beberapa faktor yang boleh menjadi punca, antaranya:

1. Trauma
Kanak-kanak tersebut berkemungkinan pernah menghadapi trauma dalam hidupnya sama ada trauma dari segi fizikal, psikologi atau emosi.

2. Kelahiran pra-matang
Kelahiran pramatang boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami gangguan terhadap perkembangan tumbesan otaknya di mana perkembangan tumbesaran otak menjadi perlahan.

3. Masalah perubatan
Penyakit yang melibatkan otak dan sistem saraf akan melambatkan kadar pembelajaran.

4. Memanjakan anak (pampering)
Punca yang biasa dijumpai adalah terlalu memanjakan anak. Proses pembelajaran memerlukan tindakan dan menghadapi kegagalan akibat tindakan yang dilakukan, namun kanak-kanak yang terlalu dimanjakan tidak dapat belajar tentang proses tersebut kerana setiap permasalahan yang timbul diselesaikan oleh ibu bapa. Ini menyebabkan mereka tidak belajar bagaimana proses belajar itu berlaku dan tidak mengadaptasikan diri kepada sesuatu permasalahan yang timbul.

Kesimpulannya, kanak-kanak slow learner juga boleh belajar tetapi memerlukan lebih masa untuk belajar, perlu diulang-ulang berulang kali, perlu banyak menggunakan bahan-bahan sokongan pembelajaran (BBM) serta memerlukan lebih sokongan ibu bapa dan orang-orang yang berada di sekelilingnya.


Sumber rujukan:
1. https://parenting.firstcry.com/articles/dealing-with-a-slow-learner-child-challenges-and-tips-to-help/
2. https://schoolpsychologistfiles.com/slowlearnerfaq/


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment