Bermula tahun 2026, semua penjawat awam, termasuk warga KPM melengkapkan Program Pembangunan Kompetensi (PPK) HRMIS sekurang-kurangnya 40 jam latihan setahun yang direkodkan sendiri melalui Modul HRMIS 2.0. Dasar ini telah membatalkan kiraan hari, dan menfokuskan kepada jumlah jam pembelajaran formal dan bukan formal yang perlu disokong dengan sijil atau dokumen yang berkaitan.
Kategori Program Pembangunan Kompetensi 40 Jam Tahun 2026
- Kursus/Latihan
- Sesi Pembelajaran
- Pembelajaran Kendiri
1. Kursus/Latihan
Definisi
Kursus/Latihan adalah aktiviti latihan berbentuk formal dan berstruktur yang dijalankan secara bersemuka, dalam talian dan berterusan anjuran Jabatan, Bahagian atau Agensi luar di dalam negara atau di luar negara.
Kehadiran yang diambil kira hanya bagi kursus jangka pendek (tempoh kurang 3 bulan).
Pengiraan Jam
Pengiraan 40 jam setahun hendaklah mengikut slot pengisian program sahaja, tidak termasuk waktu rehat dan perjalanan.
Jenis aktiviti
- kursus
- seminar
- konvensyen
- bengkel
- forum
- simposium
- persidangan
- kolokium
Lampiran evidens- Memo atau surat panggilan
- Sijil atau rekod kehadiran
- Makluman bertulis yang disahkan
- Minit mesyuarat
- Memo atau surat panggilan
- Sijil atau rekod kehadiran
- Makluman bertulis yang disahkan
- Minit mesyuarat
2. Sesi Pembelajaran
Definisi
Sesi pembelajaran adalah sebarang aktiviti pembelajaran secara bersemuka atau tidak bersemuka anjuran Jabatan, Bahagian atau Agensi luar di dalam negara.
Bagi pertemuan mentor dan mentee serta sesi perbincangan/perkongsian idea dengan pengurusan tertinggi, catatan perbincangan mestilah dibuat dalam sebuah buku catatan.
Pengiraan Jam
Pengiraan 40 jam setahun hendaklah mengikut slot pengisian program sahaja, tidak termasuk waktu rehat dan perjalanan.
Jenis aktiviti
- Sesi Pemantapan Perkhidmatan awam:
- program sambutan/program khas yang mengandungi ucapan/ceramah/forum
- on-the-job-training
- latihan sangkutan
- simulasi
- Perhimpunan bulanan
- Sesi pembelajaran - sesi perkongsian ilmu
- Mentor dan Mentee
- Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) - menghadiri konvensyen sebagai pembentang
- Pembentangan kertas kerja
- Ceramah
- Lain-lain seperti kajian kes, tayangan filem, under study
Lampiran evidens
- Memo atau surat panggilan
- Sijil atau rekod kehadiran
- Buku rekod interaksi
- Lampiran lain yang sesuai
3. Pembelajaran Kendiri
Definisi
Kaedah pembelajaran yang berkonsepkan belajar atas daya usaha sendiri sama ada pembelajaran yang melibatkan secara bersemuka dan dalam talian (online).
Bagi pembacaan buku/bahan ilmiah, satu sesi pembentangan/satu sinopsis perlu diadakan.
Pengiraan Jam
Pembacaan buku
- satu sinopsis bersamaan 6 jam berkursus bagi pembentang.
- 30 minit bagi mereka yang menghadiri sesi pembentangan.
Bagi kursus di EPSA, pengiraan jam berdasarkan nilai jam dalam Surat Tamat Kursus EPSA yang boleh dijana melalui portal EPSA.
Jenis aktiviti
- e-pembelajaran Sektor Awam (EPSA)
- Pembentangan buku
- pembacaan buku-buku ilmiah dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sama ada buku fizikal atau e-book
- pembacaan jurnal ilmiah/laporan kajian
- Program Bina, Bincang, Semarakkan Perkhidmatan Awam
- Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) - menghadiri konvensyen sebagai peserta
- Kursus anjuran luar agensi
- AI Untuk Rakyat
Lampiran evidens
- Sijil kehadiran
- Refleksi pembacaan / Borang sinopsis
- Lampiran lain yang sesuai







No comments:
Post a Comment