Dalam Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP), markah guru tidak datang daripada satu aspek sahaja tetapi secara menyeluruh melalui dua bahagian utama iaitu kompetensi (90%) dan Keberhasilan (10%).
1. Kompetensi – 90%
- D1 Profesionalisme – 30%
- Nilai profesional seorang guru.
- Amanah, beretika, bertanggungjawab dan menjaga hubungan baik dalam tugas.
- D2 Penglibatan – 10%
- Sumbangan dan keterlibatan guru.
- Bukan hanya hadir bekerja, tetapi turut menyumbang kepada sekolah, komuniti dan organisasi.
- D3 Kemahiran – 60%
- Keupayaan melaksanakan tugas sebenar.
- Bagaimana guru merancang, mengajar, mengurus, membimbing dan melaksanakan amanah bidang tugas.
Jumlah keseluruhan markah untuk penilaian kompetensi ialah 100%. Namun begitu, dalam penilaian keseluruhan PBPPP, penilaian kompetensi menyumbang wajaran sebanyak 90%.
2. Keberhasilan – 10%
Keberhasilan pula menilai hasil kerja yang dicapai. Ia bukan semata-mata usaha, tetapi impak daripada tugas yang telah dilaksanakan. Hal ini kerana, keberhasilan menilai hasil kerja utama outcome/ output yang
memberi impak berdasarkan tugas dan tempat bertugas. Penilaian keberhasilan berasaskan dan berfokuskan kepada peningkatan atau pencapaian.
Jumlah keseluruhan markah
untuk penilaian keberhasilan ialah 100%. Namun begitu, dalam penilaian
keseluruhan PBPPP, penilaian keberhasilan menyumbang wajaran sebanyak 10%.
Rumus Mudah PBPPP
Kompetensi = 90%
Keberhasilan = 10%
Jumlah keseluruhan = 100%

No comments:
Post a Comment