Persaraan dan Pencen Penjawat Awam


Persaraan Penjawat Awam


Umur persaraan wajib penjawat awam bagi yang telah memilih opsyen umur 60 tahun, adalah masih 60 tahun. Ia bukan bermaksud, tidak boleh bersara lagi awal. Tiada masalah bagi penjawat awam yang ingin bersara lebih awal kerana ia dibenarkan.

Penjawat awam boleh bersara seawal umur 40 tahun dengan syarat tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira sekurang-kurangnya 10 tahun.

Jika bersara seawal pada usia 40 tahun, apa yang layak terima?


Berdasarkan maklumat yang dikongsikan oleh Bahagian Pencen JPA, sekiranya cukup syarat bersara pilihan seawal usia 40 tahun, sesorang penjawat awam sudah layak bergelar 'pesara kerajaan'. Anda sudah boleh terima faedah berikut bagi yang berada dalam Skim Pencen iaitu:

  1. Kad Pesara (bagi melayakkan rawatan/perubatan percuma di premis kesihatan kerajaan termasuk pasangan dan ibu bapa)
  2. Ganjaran Perkhidmatan
  3. Award Wang Tunai GCR

Penjawat awam yang bersara sebelum umur 55 akan menerima pencen bulanan pada usia 55 tahun, sekiranya anda dilantik selepas tarikh 12 April 1991.

Untuk menerima pencen pertama pada bulan hari lahir ke-55 tahun, anda perlu memastikan akaun bank yang telah didaftarkan semasa urusan persaraan dahulu adalah masih aktif. Jumlah yang diterima pada bulan pertama adalah mengikut bilangan hari anda telah masuk usia 55 tahun.

Jika dilahirkan pada 1 hb, pencen penuh akan diterima. Jika dilahirkan pada hujung bulan 30 hb, kiraan pencen pada bulan tersebut dikira sebagai 1 hari sahaja. 

Selepas bulan berikutnya, barulah pencen dibayar secara penuh. Pengiraan adalah berbeza kerana bayaran pencen bulanan layak mulai mencecah umur layak terima dikira 'proportionate' mengikut hari pesara layak terima sehingga hari pesara itu meninggal dunia.

Nota Pencen Penjawat Awam


1. Bersara paksa/wajib – 55/56/58 dan 60. Lantikan selepas 1.1.2012 bersara paksa pada usia 60 tahun tetapi masih boleh memohon bersara pilihan.

2. Bersara pilihan – syarat umur lebih 40 tahun, berkhidmat 10 tahun, tiada tindakan tatatertib dan diperaku oleh Ketua Jabatan (KJ).

3. Lantikan sebelum 12.4.1991 – Jika pencen pilihan dapat pencen bulanan seawal umur 45 tahun/50 tahun.

4. Lantikan selepas 12.4.1991 – Jika pencen pilihan dapat pencen bulanan seawal umur 55 tahun (termasuk yang sudah memilih opsyen 60 tahun).

5. Ganjaran dan GCR dibayar terus jika bersara pilihan, mengikut umur bersara pilihan yang dipilih.

6. Bersara atas sebab kesihatan (medical board) – pencen bulanan, ganjaran dan GCR dapat terus umur dibersarakan. Kiraan pencen dan ganjaran menggunakan tempoh perkhidmatan secara Isyarat.

7. Formula penting:
  • Pencen bulanan: 1/600 x bulan perkhidmatan x gaji pokok akhir
  • Ganjaran: 7.5% x bulan perkhidmatan x gaji pokok akhir
  • GCR: 1/30 x bilangan hari GCR x (Gaji pokok + elaun tetap)

8. Elaun tetap yg dikira untuk GCR = IT Khidmat Awam, IT Perumahan, IT Jawatan Utama , IT Keraian

9. Pencen terbitan = pencen bulanan dibayar kepada waris apabila pegawai meninggal dunia

10. Pencen Tanggungan = bayaran tambahan kepada faedah persaraan lain sekiranya pegawai meninggal dunia akibat kemalangan atau bencana semasa menjalankan tugas rasmi dan penyakit berkait terus dengan tugas rasmi.

11. Waris penerima pencen: suami/isteri dan anak-anak di bawah 21 tahun. Sekiranya sedang belajar, sehingga tamat ijazah pertama atau berkahwin, yang mana yang terdahulu. Anak OKU yang mengalami kecacatan pada otak atau hilang upaya kekal dan tidak berupaya menanggung diri, dibayar sepanjang hayat.

12. Anak OKU yang memilik kad OKU tidak secara automatik menjadi penerima pencen terbitan sepanjang hayat.

13. Anak OKU hendaklah diperiksa oleh Pegawai Pakar Perubatan Hospital Kerajaan sebelum diperakukan oleh Jawatankuasa Penetapan Anak OKU Tanggungan Pesara (JKACT) di JPA bagi tujuan pembayaran pencen terbitan seumur hidup sekiranya ibu bapa meninggal dunia.

14. Bagi pegawai bujang yang meninggal dunia, ibu/bapa tidak layak menerima pencen terbitan, namun layak terima Ganjaran terbitan, GCR dan ex gratia terbitan.

15. Sekiranya pegawai bujang yang meninggal dunia tiada ibu/bapa yang masih hidup, maka wakil yang sah contohnya adik beradik/saudara mara terdekat boleh memohon untuk menerima Ganjaran dan GCR pegawai.

16. Balu/ duda – sekiranya dikahwini masa dalam perkhidmatan, layak terima pencen terbitan seumur hidup, walaupun berkahwin semula.

17. Balu/duda - yang dikahwini selepas bersara (dan anak daripada hasil perkahwinan selepas bersara), layak terima pencen terbitan terhad sehingga 20 tahun daripada tarikh persaraan pegawai.

18. Syer pencen terbitan: Balu/duda – 2 syer, anak – 1 syer setiap seorang

19. Syer ganjaran dan GCR: Balu/duda dan anak2 – 9/10. Ibu/Bapa tanggungan – 1/10

20. Pencen bulanan, Ganjaran, GCR tidak dikenakan cukai KECUALI pencen bulanan yang diterima sebelum umur 55 tahun (bagi lantikan sebelum 12.4.1991 yang bersara sebelum usia 55 tahun) dan sekiranya menerima lebih daripada satu pencen dalam satu masa, hanya pencen tertinggi dikecualikan daripada cukai.

21. Ex Gratia kematian sekaligus dibayar bagi pegawai yang meninggal dunia dan perkhidmatan kurang daripada 20 tahun.


 
Sumber/Kredit: 

No comments:

Post a Comment