'Total Lockdown' Dua Minggu Seluruh Negara Bermula 1 Jun Sehingga 14 Jun 2021

Salam semua.

Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, petang semalam mengumumkan pelaksanaan 'total lockdown' atau sekatan pergerakan penuh seluruh negara selama 2 minggu bermula 1 hingga 14 Jun 2021.

Sepanjang tempoh ini semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Keputusan 'total lockdown' perlu dibuat selepas mengambil kira situasi terkini penularan COVID-19 di Malaysia dengan jumlah kes harian telah melebihi 8,000 kes dan kes aktif melebihi 70,000 kes dan 2,552 orang telah meninggal dunia akibat COVID-19.

3 Fasa 'total lockdown' iaitu:
  • Fasa 1 (2 minggu ) - semua sektor tidak beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu
  • Fasa 2 (4 minggu) - pembukaan semula beberapa sektor ekonomi yang tidak membabitkan perhimpunan besar dan boleh mematuhi penjarakan fizikal.
  • Fasa 3 - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang berkuat kuasa pada masa ini.
total lockdown 2021_1
Kenyataan Media Perdana Menteri m/s 1
total lockdown 2021_2
Kenyataan Media Perdana Menteri m/s 2

Sumber: 

No comments:

Post a Comment