Tip dan Panduan Pelaksanaan PDPR Yang Berkesan (Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah)

Salam semua.

Tips ini merupakan perkongsian daripada Cikgu Herry (FB: Herryan Syah) yang merupakan seorang Pegawai SISC+. Saya simpan di sini untuk rujukan saya sendiri dan juga mungkin boleh menjadi rujukan kepada para pendidik yang lain yang memerlukan memandangkan PDPR kembali dilaksanakan seluruh negara bermula hari ini sehingga 28 Mei 2021.

Untuk rujukan, SISC+ adalah singkatan kepada Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah (School Improvement Specialist Coaches).

*Catatan ini ada sedikit pembetulan kepada ejaan asal.



PdPr 3.0

1. Ringkaskan. 

Jika nak buat video sendiri makan masa, guna bahan sedia ada dan pilih yang mustahak sahaja. Contohnya, masukkan screenshot daripada buku teks dan crop mana yang perlu dan masukkan dalam powerpoint.

Ingat murid-murid tak boleh join lama-lama pun dan tak boleh nak hadam semua benda dalam masa yang singkat. 

Tak semestinya 'overspent on budget' dan masa. Ada beza 'to be an online teacher' dengan 'online broadcaster'. Sampai tahap buat studio itu 'optional' dan datang dengan kemahuan dan kemahiran. 

Ramai guru mengajar semudah Powerpoint sahaja tapi PdPr online berjalan dengan sangat berkualiti. 

Pedagogi kena tajam. 


2. Fokus kepada aktiviti. 

Fikirkan bagaimana murid nak cari maklumat secara kendiri samada menerusi internet, perbincangan bersama ibubapa, cari daripada bahan disediakan atau guna bahan sedia ada di rumah. 

Inilah masanya untuk murid bina kebertanggungjawaban dalam pembelajaran sendiri. Hal ini boleh jadi satu kajian tindakan yang baik jika guru memanfaatkan konsep 'learning with limited resources'.


3. Penilaian dan maklumbalas. 

Penilaian dan maklum balas seharusnya berlaku segera. Contohnya selepas satu minggu tugasan, semak dan beri maklumbalas dari segi pencapaian atau apa yang murid boleh perbaiki

Jangan tunggu sehingga selepas PKP. Jika murid sudah sangkut pada tugasan pertama mungkin sebab tidak faham, bagaimana pula cikgu telah berikan tugasan kedua. Bertimbun hasil kerja murid dengan mereka buat atas dasar tidak faham. 

Jika tugasan pertama tidak selesai dengan baik atas sebab teknikal daripada pihak murid, mungkin perlu ubah cara tugasan kedua. Sebab bahagian kedua adalah tambah baik atau nilai daripada bahagian pertama. 

Atau jika cikgu sukar untuk buat pembahagian tugasan dengan lancar atas sebab tertentu, mungkin perlu ubah bentuk tugasan. Contohnya dalam bentuk gambar, jawapan lisan melalui audio chat. 

Tak semua respon murid perlu dalam bentuk bertulis. 

Sekarang PBD sudah versatil. Lagipun nak murid yang 'all rounder' kecuali bagi tugasan-tugasan khusus. 


Sumber: Herryan Syah


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment