Menteri Kanan Pendidikan YB Dr. Radzi Jidin baharu sahaja mengumumkan penutupan semua sekolah bermula esok, Isnin, 9 November 2020 semasa sesi sidang media di TV1 dan Astro Awani pada jam 11.30 pagi tadi.
Antara info penting:
- Sekolah ditutup tetapi 'home based learning' / PDPR diteruskan hingga 18/12 2020.
- Guru perlu menjalankan PDPR dan berada di stesen bertugas masing-masing.
- Penggal persekolahan akan bermula 20/1/2021 bagi sekolah rendah secara bersemuka.
- Sekolah menengah juga sama 20/1/2021 kecuali murid tingkatan 2&3 akan 'home based learning' hingga 8/3/2021.
- SPM, SVM, STAM ditunda ke 22/2/2021.
- STPM ditunda ke 8/3/2021.
- Pelaksanaan pentaksiran kemasukan ke sekolah khusus (PKSK) tingkatan 1 dan tingkatan 4 ditangguhkan.
- Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) untuk pelajar matrikulasi ditangguhkan.
- Program Matrikulasi akan kembali ke pusat pengajian pada 4 Januari 2021.
- Pelajar IPG kembali semula ke IPG pada 17 Januari 2021.
Sumber:
3. https://www.sinarharian.com.my/article/109122/BERITA/Nasional/SPM-STPM-dipinda-ke-Februari-Mac-2021
5. https://malaysiagazette.com/2020/11/08/pkpb-semua-sekolah-diarahkan-tutup-dibuka-semula-20-jan-2021/
No comments:
Post a Comment