Peluang Sambung Belajar Untuk Para Guru Tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Ambilan 2021

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengedarkan surat tawaran sambung belajar kepada para guru (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan) bagi ambilan 2021.

Ringkasan maklumat adalah seperti berikut.

Kategori Pengajian:
- Ijazah Sarjana (Master's) sebelum berumur 51 tahun
- Ijazah Doktor Falsafah (PHD) sebelum berumur 46 tahun

Tarikh tutup: 
- 15 Januari 2021, jam 5 petang

Kategori tajaan:
- Biasiswa penuh (HLP) pengajian sepenuh masa
- Biasiswa penuh (HLPS) pengajian separuh masa/ sambilan
- Cuti belajar bergaji penuh tanpa biasiswa (CBBP TB)

Syarat kelayakan asas:
- telah 3 tahun berkhidmat di Gred DG41
- disahkan jawatan (tetap dan berpencen)
- markah prestasi 3 tahun berturut/ PBPPP/LNPT - 85% dan ke atas
- telah istihar harta dalam tempoh 5 tahun
- bebas senarai hitam

Cara permohonan/ info lanjut: 




Sumber / bacaan lanjut:

Terima Kasih

2 comments:

  1. As Salam bila pula buka utk tawaran sambung belajar ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam, biasanya awal tahun antara bulan Februari dan Mac.

      Delete