Keep Strong Veveonah Mosibin!

Salam PKPP semua.

Hari ini nama Veveonah Mosibin sekali lagi viral. Pada bulan Jun yang lepas, video beliau yang dimuatnaik di channel Youtubenya mengambil peperiksaan secara atas talian atas pokok di kampungnya di Sabah menjadi viral tapi kali ini, viralnya telah meninggalkan kesan 'luka' di hati mahasiswi UMS ini .... senang cerita - the damage has been done.

Video beliau mengambil peperiksaan di atas pokok dikatakan dibuat semata-mata untuk meraih 'view' channel youtubenya, menurut seorang Ahli Parlimen yang juga Timbalan Menteri semasa sidang parlimen.

Namun, kenyataan menteri tersebut disanggah ramai netizen terutamanya rakan-rakan 'classmate' youtuber itu sendiri dengan berkongsi jadual peperiksaan.

Sumber: Vocket

Belum sampai satu hari, pada hari yang sama kenyataan tersebut ditularkan dan mendapat 'kecaman', dan juga teguran netizen, Timbalan Menteri tersebut mungkin telah 'menyiasat' semula dan mendapat maklumat yang tepat dan seterusnya bertindak pantas membuat permohonan maaf secara terbuka.

Namun, the damage is done!

Menteri tidak sepatutnya membuat kenyataan yang boleh diragui dan tidak tepat yang melibatkan maruah dan harga diri seseorang.


Laporan oleh Sinar Harian,
3 September 2020

Entri awal oleh VOCKET




Perkongsian jadual peperiksaan oleh
'batchmate' Veveonah M.


Kemaskini status entri oleh VOCKET selepas permohonan maaf secara terbuka dibuat
Timbalan Menteri.


Sumber & bacaan lanjut:
1. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sejujurnya-saya-sangat-sedih-dan-kecewa-veveonah-257937
2. https://www.thevocket.com/timbalan-menteri-komunikasi-dan-multimedia-mohon-maaf-kepada-veveonah/
3. https://www.sinarharian.com.my/article/99529/BERITA/Nasional/Belajar-atas-pokok-untuk-naikkan-viewer-Youtube-sendiri
4. https://twitter.com/crhxyan/status/1301458495204515840
5. https://twitter.com/ray_ratchavit/status/1301478384682196992



Terima Kasih

No comments:

Post a Comment