Guru Penolong Kanan Mati Ditembak di Bachok, Kelantan

Seorang guru, Encik Hashim Mat Zin, 43 tahun daripada SK Beris Panchor, Bachok, Kelantan mati ditembak di hadapan pintu pagar sekolah oleh orang yang tidak dikenali. 

Mangsa yang merupakan guru Penolong Kanan HEM (PK HEM) mati ditembak sebanyak 4 das di bahagian dada sebaik keluar dari pintu pagar sekolah berkenaan, kira-kira jam 2 petang tadi.

Tempat kejadian

Mangsa yang juga guru mata pelajaran Muzik ditembak ketika memandu kereta Mercedez Benz untuk pulang ke rumah selepas habis waktu persekolahan. Mangsa sempat memandu kira-kira 300 meter selepas ditembak dan berhenti di sebuah rumah berhampiran sekolah berkenaan sebelum meninggal dunia.

Seluruh kawasan Bachok kini ditutup untuk pemeriksaan polis.

Sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah, semoga beliau ditempatkan bersama orang-orang beriman.


Sumber


Terima Kasih

3 comments:

  1. takde gambar ker cikgu ni utk saya kenal? sy org kelantan dan kalau cikgu ni org yg pernah sy tengok yg mana apa yg saya tau cikgu tu mengajar subjek muzik terbeliak jugak mata aku dlm artikel ni pn cakap dia guru music dan kalau betul individu yg mati itu adalah individu yg sy syak yg mn sy mmg kenal dan cam sgt muka dia sy tp saya cuma tak tau nama dia dan kalau betul dia rasanya sy tau dan faham sgt kenapa dia mati ditembak... cikgu hijau ada maklumat tak pasal guru yg mati ni please kalau ada emel pada sy ye sy cuma nakkan kepastian kalau boleh emel gambar dia atau pun kasi info org nya macam mana tinggi ker rendah ker kurus ker gemuk ker.... tapi tengok usia cikgu yg mati tu dalam artikel ni mmg syak sangat sebaya cikgu yg saya maksudkan itu aishhhh musyhkil giler nieee dan kalau betul dia aku mmg tau dan faham kenapa dia dibunuh.... cikgu hijau ada maklumat sila emel sy yer di palohrawa at g-m-a-i-l dottt com maaf ye sy buad dash sebab sy tak nak spam bot tangkap alamat emel sy utk di attack oleh spams

    ReplyDelete
  2. salam ceria buat warga guru semua,

    tolong ye cik gu hijau atau sapa yang ada info please share kat sini sy nak kenal sangat rupa siapa yang meninggal tu mmg shocking news nih please emel sy palohrawa at g-m-a-i-l dottt com maaf ye sy buat dash sebab sy tak nak spam bot tangkap alamat emel sy utk di attack oleh spams. naluri ingin tahu saya membuak2 lagi mendidih sakan ni.

    sincerely yours,
    -abg buncit

    ReplyDelete
  3. ohh bukan2 aku dah jumpa pic dia http://din.huluselangor.net/?p=35389

    last sekali jumpe gak gambar si mati ternyata dia bukan org yg sy maksudkan... well lucky lah org tu sbb org yg sy maksudkan itu ada onar jugak orgnya. sori la yg i kalut tak tentu pasal sbb curiosity is killing me al maklum lah ye.

    ReplyDelete