Ciri-Ciri Murid Atau Kanak-Kanak Disleksia

Catatan Nota

Murid-murid disleksia merupakan murid yang mengalami kesukaran untuk membaca kerana tidak dapat menterjemahkan lambang-lambang bertulis dengan betul sama ada dalam bentuk huruf itu sendiri, dalam bentuk suku kata atau pun dalam bentuk perkataan.




Antara ciri-ciri murid disleksia

Masalah dalam ejaan
- masalah dalam sebutan (fonologi) dimana murid tidak dapat menyebut perkataan yang tertulis
- sukar untuk membunyikan huruf vokal dan selalu meninggalkannya, contohnya could dieja cold


Masalah dalam ingatan
- bermasalah dalam ingatan jangka pendek
- sukar untuk mengumpulkan maklumat dalam otak, seolah-olah terlalu banyak perkataan berpusing-pusiang dalam otak mereka
- selalu gagal dalam menyusun maklumat
- bermasalah dalam mengingati susunan hari, bulan, tahun, dan sewaktu dengannya


Masalah dalam membaca
- membaca terlalu cepat dengan sebutan yang tidak tepat
- membaca lambat dan terputus-putus disebabkan kesan kekaburan, kesan keterbalikkan, kesan lingkaran cahaya, kesan bergoyang, kesan seperti runtuhan, kesan putaran atau variasi perkataan
- sering salah apabila menyebut perkataan yang mempunyai huruf pertama dan terakhir yang sama, contohnya, form disebut from
- tiada intonasi semasa membaca dan tidak mempedulikan tanda bacaan


Kesan putaran
40 variasi perkataan CAT
Masalah dalam menyalin nota
- lambat menyalin nota dan banyak melakukan kesilapan
- keliru dengan abjad
- menulis terbalik contohnya "b" dan "d", "a" dan "c", "m" dan "w", "p" dan "q"
- menulis nombor terbalik, contohnya "12" ditulis "21"





Contoh tulisan tangan murid disleksia

menulis abjad dan nombor secara terbalik
menulis keseluruhan ayat secara terbalik
menulis perkataan secara terbalik


Masalah visual motor
- memegang pensel dengan cara yang luar biasa, meletakkan ibu jari di atas jari telunjuk semasa menulis
- sering memegang pensel dengan kuat sehingga mengalami kesakitan pada jari
- meletakkan kepala di atas meja untuk melihat hujung mata pensel semasa menulis
- sukar menulis di atas garis lurus

48 comments:

  1. saya mempunyai anak yang lemah membaca dan menulis..anak saya sekarang darjah 5.. saya risau.. tahun depan upsr.. telah beberapa kali saya berjumpa dengan guru disekolah beliau. dari darjah satu saya dah rasakan yang anak saya ni lain.. setiap tahun saya datang berjumpa dan memberitahu perihal anak saya yang tidak menampak minat pada membaca.. tetapi sangat fokus pada sukan.. pernah saya tanya sama ada dia faham atau tidak apa yang guru ajar.. dia kata tak faham.. sampai sekarang anak saya masih di tempatkan dikelas biasa.. pada awal tahun hari tu saya ada berbincang dengan guru beliau tetapi guru beliau mengatakan anak saya lepas ujian pendidikan khas..
    pada pendapat saya pula dah pasti la lepas sebeb sepatutnya ujian tu dibuat ketika anak saya darjah 3 mungkin tetapi sekarang dah darjah 5.. tentulah setakat perkataan epal.. kayu.. padankan gambar dia bole buat..sebab itu ujian semasa tahun 1.. semasa tahun 1 mungkin dia tak bole buat.. pernah saya tanya pada guru kelasnya.. kemungkinan ke anak saya disleksia? guru itu menjawab.. diskleksia? apa tu? jadi.. macammana dia nak mngesan anak saya.. ada pula guru yang berpendapat disleksia sekiranya tulisannya terbalik.. apa yang saya faham.. bukan setakat tulisan terbalik tetapi banyak lagi pengesanan yang lain.. boleh tak bagi pendapat.. saya buntu bila fikirkan tahun depan dia upsr sedangkan dia baca macam budak tahun 1..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah pada puan kerana prihatin pada pendidikan anak. Tidak ramai ibubapa mempunyai sikap seperti puan.

      Jika anak puan lulus ujian ke kelas pendidikan khas, mungkin itu bermakna anak puan tidak perlu ke kelas pendidikan khas. Mungkin anak puan hanya perlu ke kelas pemulihan khas atau PROTIM atau juga pemulihan di kelas biasa.

      Cadangan saya puan perlu jumpa Guru Pemulihan Khas di sekolah puan dan bincang dengan guru tersebut. Guru kelas atau guru mata pelajaran kurang 'arif' tentang permasalahan spt disleksia, slow learner dan seumpamanya kerana ia bukan bidang mereka.

      Harap jawapan saya membantu.

      Delete
    2. well said cikgu...saya ada anak murid yang sama macam puan di atas sekarang di darjah 5. Pada peringkat awal memang ibu dan bapanya tidak mahu anaknya ditempatkan ke dalam pendidikan khas hinggalah kini. Masih dalam program pemulihan khas dengan saya. Murid ini lulus ujian pelepasan pemulihan khas dan saringan2 LINUS yang ada tetapi gagal mengikut sukatan pelajaran di aliran perdana. Mengapa?? kerana tiada sokongan guru aliran perdana dan juga rakan-rakannya. Ibu bapanya kurang memahami konsep masalah pembelajaran dan memandang rendah akan kemampuan Rancangan Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia. Tetapi apa yang saya ingin ketengahkan ialah, bagi rakan-rakan yang bermasalah pembelajaran sama seperti dirinya, setelah mengikuti Program Pendidikan Khas sehingga mengikuti Program inklusif dalam aliran perdana, Masya Allah murid ini lebih pintar dari rakan2 aliran perdana yang sedia ada. Kerana bagi saya, Pendidikan Khas menawarkan rawatan terapi dan aktivti-aktiviti pembelajaran secara sosial atau berkumpulan dan juga pendidikan sara diri. ini sangat membantu murid dyslexia ini mematangkan pemikirannya disamping mendapat sokongan dari rakan-rakan murid yang lain. Murid saya selalu mengadu kepada saya yang rakan-rakan yang lain tidak mahu berkawan dengannya. Ini lumrah kerana rakan lain tidak memahami mengapa dirinya sangat perlahan dalam pelbagai aspek. Ini mendorong mereka menjadi pasif dan lebih gemar menyendiri. Murid saya juga menjadi kurang berkeyakinan diri serta ti dak mahu melibatkan diri dalam Pendidikan jasmani kerana dia terlalu memikirkan kekurangan dirinya. Sudah 3 tahun saya membimbing dan cuba menjadi rakannya tetapi apakan daya saya bukanlah rakan sebayanya. Pengalaman bersekolah adalah sangat manis jika kita mempunyai rakan. Sedikit luahan dari saya.

      Delete
  2. Salam Cikgu Hijau...
    Saya mempunyai seorang anak lelaki berusia 6tahun
    Saya menghantar anak saya ke Tadika PASTI semasa dia berumur 5tahun, bermula di situ saya dan guru beliau sudah dapat mengesan tanda-tanda yg anak saya sgt perlahan pembelajarannya, namun ketika peringkat itu, saya menganggap mgkn perkara ini berlaku kerana anak saya masih kecil
    Pada tahun ini(6tahun), anak saya memasuki tahun ke-2 di Tadika PASTI tersebut, bermula di sini kami ibubapa dan juga guru beliau dapat merasakan sesuatu yg tak kena pada anak saya, mujur guru anak saya mempunyai pengalaman menghadapi anak murid disleksia, setelah pemerhatian dilakukan dari awal tahun, kami dapati anak saya mempunyai byk tanda-tanda pengidap disleksia, iaitu seperti menulis huruf terbalik, tidak mengenali antara huruf besar dan kecil, tidak boleh fokus di dalam kelas, menulis satu huruf dan berhenti kerana teralih perhatian kepada perkara sekeliling sebelum menyambung tulis semula setelah di suruh oleh guru...
    Tetapi anak saya sgt suka pada sukan, permainan dan matapelaran matematik atau yg berkaitan dgn nombor...
    Soalan saya, sebagai ibubapa, apa tindakkan yg paling wajar utk kami ambil, perlukah kami segera tempatkan anak kami ke sekolah khas? Jika perlu, pada umur berapa yg sepatutnya...
    Pandangan dan pendapat Tuan, sangat saya hargai...
    Terima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Pendapat saya sebagai seorang guru. Puan bawa anak puan berjumpa doktor pakar kanak-kanak untuk buat pemeriksaan. Boleh pergi mana-mana klinik kerajaan kemudian mereka akan beri surat rujukan untuk buat temujanji dengan doktor pakar. Wallahualam.

      Delete
    2. Assalam puan. Sy ade call pusat disleksia malaysia. Penaungnye mengatakan bahawa umur 56 bulan baru blh kite buat ujian disleksia. Blh sy tau perkembangan anak puan skeg?

      Delete
    3. Assalam puan. Sy ade call pusat disleksia malaysia. Penaungnye mengatakan bahawa umur 56 bulan baru blh kite buat ujian disleksia. Blh sy tau perkembangan anak puan skeg?

      Delete
  3. Assalamualaikum cikgu.. saya juga mempunyai anak seperti puan farahidah.. sekarang brumur 5 tahun.. mula bersekolah pd usia 4 tahun.. dr awl dia bersekolah saya dapat kesan kelainan.. dlm masa 1min saya ajar kan A,B,C,D,E tp bila saya tunjuk semula huruf secara random dia tak dapat nak sebut semula terutama huruf B,D.. saya fikirkan mungkin kerana faktor usia.. tapi setelah hampir 2tahun bersekolah makin banyak masalah yang dapat saya kesan.. menulis huruf terbalik, keliru huruf besar,kecil, gabungkan suku kata.. semangat dia jadi lumpuh bila setiap kali jawap soalan terutama matematik jawapan dia banyak dipangkah.. bukan sebab dia tak tau jawapan tp sebab tulisan yang terbalik.. cume benarlah apa yang org kata bila budak seperti ini ada kelebihan sendiri.. anak saya sangat mudah dalam hafalan dan hafazan.. sekarang saya dalam usaha untuk membantu anak saya dalam menghadapi masalahnya.. insyaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam. Tahniah puan.

      Anak adalah anugerah dan juga amanah kpd ibu bapa.

      Delete
  4. Maaf saya pun nak mencelah. Anak saya tahun ni berumur 5 tahun. Start masuk proper school masa umur 4tahun. Secara peribadi, dia boleh dikatakan bijak dari segi EQ. Tapi bila di sekolah, cikgu2 selalu bagi feedback yang dia playful. Mula2 saya ingat dia sengaja main2 dan tak boleh focus sebab dia terbiasa dengan gadget. Maybe sebab ipad interactive dan bila kena fokus di sekolah, dia tak mampu beri 100%. Last month ada exam dan cikgu bagi feedback dia playful and hantar kertas kosong sahaja. (Cikgu2 memang selalu marah dia). Rakan saya baru sahaja pergi ke agency disleksia dan anak dia memang diagnosed as mild dyslexic. Allahu.. Saya juga akan cuba bawa anak saya ke agency tersebut (sebab malas nak ke HKL huhu) so that saya akan faham kenapa dia selaluuuuu buat saya marah bila suruh menulis. huruf besar n huruf kecil punnn tak dapat beza. b dan d punnn confuse. To me, going to the agency and ask for an assessment for him is not so much matters to him. Tapi untuk saya sendiri. Supaya saya dapat memahami kenapa dan bagaimana nak tangani anak saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang terbaik puan bawa anak puan jumpa doktor untuk jalankan pemeriksaan. Boleh juga buat ujian di pusat Disleksia. Simptom Disleksia boleh dikawal dan diminimakan jika rawatan bermula awal usia.

      Harap puan tabah. Anak anugerah Allah. Allah sedang menguji hambaNYA...

      Delete
    2. Bleh bagi tak cntc agency tu.. linalias80@yahoo.com

      Delete
    3. Puan boleh pergi ke klinik kesihatan kerajaan atau hospital kerajaan berdekatan. Maklumkan kpd pihak klinik puan ingin jalankan pemeriksaan masalah pembelajaran ke atas anak puan.

      Delete
  5. Helo cikgu Hijau, anak saya darjah satu tahun ini. Bagaimana kelas Linus ini diadakan di sekolah? Cikgu anak saya telah meminta surat pengesahan dari pyschologist, adakah dengan surat ini, cikgu dia akan masukkan dia dalam Linus?

    Anak saya sudah didiagnos oleh pakar psychologist tahun lepas atas nasihar guru besar tadika dia. Dia didapati dyslexia, hyperaktif dan sedikit asperger tetapi belum disahkan lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello.

      Kelas LINUS adalah kelas di biasa di aliran perdana (Normal stream). Murid LINUS ialah murid yg belum kuasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M), sama ada belum kuasai salah satu kemahiran atau semua kemahiran.

      Ujian saringan LINUS dijalankan 2 kali setahun utk kenalpasti murid LINUS. Saringan 1 bulan Mac-Apri dan saringan 2 bulan Sept. - Okt.

      Utk layak ke Kelas/Program Pendidikan Khas, murid perlu ada pengesahan doktor.

      Delete
  6. terima kasih dan tahniah atas pengkongsian ini cikgu hijau

    ReplyDelete
  7. assalam cikgu,saya ingin bertanya,adik saya memang dikelaskan sebagai murid disliksia,dia knal huruf n nombor,tp dia tidak boleh ingat dlm jangka masa yang lama,saya sangat risau degan masa depan nya,apa yang harus saya lakukan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. Pada pendapat saya, jika adik saudara telah disahkan doktor sebagai Disleksia, elok sekiranya adik saudara belajar di sekolah pendidikan khas yang mempunyai program Disleksia.

      Delete
  8. salam puan , saya pelajar degree course science computer in multimedia , saya dikehendaki utk buat satu projek degree saya dan idea saya ialah sy nak buat satu aplikasi google apps yang simple utk pelajar disleksia . Tapi saya tidak punya idea dari segi content dan sebagainya sbb sy baru start buat research secara kecil-kecilan sahaja.Saya nak minta pendapat puan kalau puan ada idea dari segi content dan sebagainya atau ada perkara yg saya perlu pertimbangkan dalam membina aplikasi ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Terima kasih atas pertanyaan.

      Mungkin boleh rujuk di pautan berikut utk contoh:

      1. http://mashable.com/2014/07/28/apps-for-dyslexia/#fOrzvtlyygqS
      2. http://dyslexiahelp.umich.edu/tools/apps

      Delete
  9. Assalamualaikum anak saya berumur 8tahun. Saya mula mengesan dia menghadapi masalah dalam pembelajaran semasa memasuki pra sekolah lagi. Cikgu2 kerap melabelkan dia sebagai lambat dan sederhana dalam pelajaran. Dia tidak dapat menyalin kerja rumah di papan putih dan dalam buku sehingga kadang2 terpaksa menghabiskan di rumah. Dia juga menghabiskan masa yang banyak untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Tetapi apabila saya memberi gadget dan mula mengajar matematik dan membaca menggunakan target dia mula mengenal huruf2 dan boleh membaca. Dia juga melakukan carian google sendiri mengenai dinasour sehingga dapat mengginggati nama saintifik jenis2 dinasor.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum anak saya berumur 8tahun. Saya mula mengesan dia menghadapi masalah dalam pembelajaran semasa memasuki pra sekolah lagi. Cikgu2 kerap melabelkan dia sebagai lambat dan sederhana dalam pelajaran. Dia tidak dapat menyalin kerja rumah di papan putih dan dalam buku sehingga kadang2 terpaksa menghabiskan di rumah. Dia juga menghabiskan masa yang banyak untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Tetapi apabila saya memberi gadget dan mula mengajar matematik dan membaca menggunakan target dia mula mengenal huruf2 dan boleh membaca. Dia juga melakukan carian google sendiri mengenai dinasour sehingga dapat mengginggati nama saintifik jenis2 dinasor.

    ReplyDelete
  11. Assalamulaikum sekadar ingin berkongsi pengalaman.

    Ank sulung saya dikesan menghidap deslexia sejak berumur 5thn.sehingga sekarang umurnya 9thn baru boleh membaca walaupun tak lancar dan mengira nombor dgn baik...anak seperti ini kita kena cepat peka apa yg perlu dibuat.tahap kesabaran perlu ada dlm diri ibu bapa untuk mendidik anak2 dyslexia.tak perlu dipaksa klu mereka tidak mahu buat sesuatu apa yg perlu yakin mereka bahawa mereka juga boleh.kata kata semangat yg saya amalkan biar Lambat janji pandai.biar Lambat janji sempurna.ciptalah kata kata menaikan semangat yg senang mudah dipahami oleh mereka.banyakan permainan yg boleh mereka mereka cipta dah mereka akn berusaha sehingga berjaya membuat sesuatu dan pujilah dgn kata semangat yg boleh buat mereka lebih yakin.
    Insaallah akan ada perubahan walaupun tidak sehebat ank2 yg normal.

    Kini sy sudah masukan kesekolah rendah tahfiz akedemik dan alhamdulilah
    Minatnya pada hafazan dan pelajaran menunjuk peningkatan.

    ReplyDelete
  12. Assalam cikgu..... saya ada anak perempuan berumur 7thn yg rasa mungkin disleksia kerana beberapa ciri yg ada pada dirinya. anak saya kidal. sering menulis terbalik huruf2 seperti B,D,K,N,J,P,Q,S,Z. juga nombor seperti 2,3,7,8 dan nombor2 belas dan puluh, contoh: 10 ditulis 01. sangat pandai math tetapi selalu dapat pangkah sebab jawapan salah sebab ditulis terbalik. cntoh: 5+5=01. sukar membunyikan suku kata. hampir 90% ciri-ciri kanak-kanak disleksia ada padanya. saya nak minta pendapat cikgu, apa yang terbaik perlu saya lakukan selain berjumpa doktor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalam..saya plajar universiti malaya. sekarang saya sedang membuat kajian lapangan mengenai disleksia. jika tidak keberatan, saya ingin menemubual puan berkenaan anak puan. tq. jika tidak keberatan, puan boleh contact saya di 0179115345

      Delete
    2. Pd pndgn sya, Bykkn Latihan.... Dan pemantaun.... Apabila bjaya melakukan sesuatu bg peneguhan. Seperti tahniah, pandai, n hadiah ( dapat bermain d luar, berjalan jalan DLL)

      Delete
    3. Waalaikumusalam. Gunakan kaedah masteri, multisensori dan pendekatan ansur maju, dari mudah kepada sukar. Banyakkan pengulangan dan pengukuhan. Tingkatkan kesabaran, insha Allah semuanya akan dipermudahkanNYA.

      Delete
  13. Saya puan saya pun baru perasan anak saya punya ciri2 deleksia,saya hantar dia ke sekolah cina sekarang dia mengikuti linus memang agak perlahan dari segi ejaan tp matematik ok saya mencari2 maklumat tentang deleksia baru jumpa blog ni

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum...anak lelaki sy berumur 6tahun. Masa umurnya 5tahun dan belajar di tabika kemas sy perasan dia x minat dgn homework. Mulanya saya anggap biasa tp bila cikgu bagitau yg dia sll tidur dlm kelas dan bossy sy mula curiga..sy bagi vitamin dan suruh tido awl tp msh xde ape2 perubahan..sy tnya knpe suruh kwn buat itu buat ini utk awk? Dia jwb dia x tau buat x tau mane satu beg dia..dari situ sy mula membaca dan dpt tau ttg disleksia. Barulah sy perasan simpton2 disleksia pd anak spt tulisan dan nombor terbalik. Pakai selipar terbalik susunan cerita terabur, keliru warna, keliru arah, salah cara kerja, terlalu sensitif pd bunyi dan mcm2 lagi. Skrg ank sy menjalani rutin di ppum di bhg rehabilitation medicine.alhamdulillah byk improvement yg sy nmpak. Walaupun terapist kat situ beritahu rutin yg dijalani x dpt membantu penghidap disleksia tapi sy teruskan jgk sbb ape yg saya nak ialah keyakinan diri pada ank sy meningkat..sy bagitau ttg masalah yg dia hadapi spy dia x rasa rendah diri bila x setanding rakan2 yg lain. X dinafikan mmg kesabaran yg tinggi perlu bila berhadapan dgn mereka. Kerja yg senang bagi kita tp sukar utk mereka. Sy bersyukur ada anak seperti dia. Semoga kekuatan dan kesabaran sy sntisa ada dlm memdidik dia..

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum...anak lelaki sy berumur 6tahun. Masa umurnya 5tahun dan belajar di tabika kemas sy perasan dia x minat dgn homework. Mulanya saya anggap biasa tp bila cikgu bagitau yg dia sll tidur dlm kelas dan bossy sy mula curiga..sy bagi vitamin dan suruh tido awl tp msh xde ape2 perubahan..sy tnya knpe suruh kwn buat itu buat ini utk awk? Dia jwb dia x tau buat x tau mane satu beg dia..dari situ sy mula membaca dan dpt tau ttg disleksia. Barulah sy perasan simpton2 disleksia pd anak spt tulisan dan nombor terbalik. Pakai selipar terbalik susunan cerita terabur, keliru warna, keliru arah, salah cara kerja, terlalu sensitif pd bunyi dan mcm2 lagi. Skrg ank sy menjalani rutin di ppum di bhg rehabilitation medicine.alhamdulillah byk improvement yg sy nmpak. Walaupun terapist kat situ beritahu rutin yg dijalani x dpt membantu penghidap disleksia tapi sy teruskan jgk sbb ape yg saya nak ialah keyakinan diri pada ank sy meningkat..sy bagitau ttg masalah yg dia hadapi spy dia x rasa rendah diri bila x setanding rakan2 yg lain. X dinafikan mmg kesabaran yg tinggi perlu bila berhadapan dgn mereka. Kerja yg senang bagi kita tp sukar utk mereka. Sy bersyukur ada anak seperti dia. Semoga kekuatan dan kesabaran sy sntisa ada dlm memdidik dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam. Tahniah atas keprihatinan puan terhadap pendidikan anak-anak

      Delete
  16. Assalamualaikum..sy ada sorg anak murid tingkah lakunya agak berbeza dgn anak2 yg lain..umur dia baru 4tahun..dlm kelas hnya dia seorg yg masih xblh memegang pensil dgn btl..dia kidal dan cara pegang pencil pun berbeza dgn anak2 lain..bila anak2 yg lain bermain dan keadaan kelas bising dia cpt2 menutup telinga dgn tangan seolah2 dia x suka dgn suasana 2..dia sukar utk menerima arahan dan bila bercakap dia akan ulang balik apa yg dia cakap sampai 2 3x..dia suka memberontak dlm diam..dia akan mengempal2 tangan bila marah atau x puas hati pada rakannya..adakah ni semua simptom disleksia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam. Mungkin bukan disleksia, ia lebih kepada masalah tingkahlaku

      Delete
  17. Assalamualaikum w.b.t
    Terlebih dahulu, saya ingin perkenalkan sej diri saya.
    Saya penah mengalami masalah tulisan terbalik, menyalin d papan hitam tetapi salah, membaca terlalu perlahan Dan Salah, eja perkatan bahasa ingrs x pnah btol. X pndai kemas, Dan selalu langgar seseorg. Sehingga kini masalah tersebut kadang2 menghantui saya.
    Namun begitu, saya terlalu suka kpd nombr. Sejak USIA tadika, saya pandai sifir 1-12. X pnah Salah. Malah, saya x pandai menggunakan calcultr utk mengira. Pasti Salah.
    Alhamdulilah pyakit saya alami dpt datasi.
    Tindakkan ibu bapa saya
    1. Latihan membaca berterusan
    2. Mghntr pogrm n motivasi
    3. Menonton drama y mempunyai subtitle
    4. Bergaul dgn msyrkt
    Guru:
    Memberi latihan menyalin karangan.
    Kesan:
    Saya lulus bahasa Ingris spm
    A+ bm spm
    Kredit bahasa arab spm
    Semoga APA y saya kongsikan dapat membantu ibu bapa. Segala kekurang daripada diri saya sdiri. Wassalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam, tahniah dari saya. Alhamdulillah

      Delete
  18. Salam sejahtera....

    Saya ada anak darjah satu... pihak sekolah telah syaki atau suspek anak saya disleksia... setelah buat ujian... terdapat 6 orang murid termasuk anak saya... kemudian pihak sekolah buat semula ujian dan hanya seorang sahaja yg perlu berjumpa doktor... anak saya melepasi ujian tersebut... tetapi dalam pemerhatian dan pemantauan saya hingga sekarang... anak saya selalu akan melakukan kesilapan apabila membaca huruf b atau d... n atau u... bila menulis kadang kadang ader huruf huruf akan terbalik... adakah perlu saya hantar anak saya buat ujian kepada pakar.. dan dimana ujian tersebut perlu dibuat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sejahtera,

      Puan/tuan boleh ke klinik kesihatan/ hospital kerajaan untuk jalankan pemeriksaan masalah pembelajaran.

      Delete
  19. Salam.
    Anak saya berumur 5tahun dan bersekolah di tadika kemas. Ketika umur 4 tahun, saya ajar anak saya menulis dan mengira. Alhamdulillah, anak saya dapat menulis huruf besar sehingga huruf T. Anak saya juga boleh mengira matematik yang mudah seperti 4+3=7. Namun pada awal tahun ini, selepas masuk tadika, pembelajaran jadi menurun. Sering menulis terbalik, bercampur huruf besar kecil. Anak saya juga enggan ke sekolah dan selalu mengadu pada saya, walaupun ke sekolah dia tetap tidak pandai dan apa yg diajar guru sgt susah. Ada bbrp kali saya turut ada di tadika untuk melihat keadaannya, dan dia banyak mendiamkan diri dan menyisihkan diri dari kawan2 yang lain. Adakah anak saya disleksia atau cuma perlukan lebih perhatian dari ibubapa dan guru?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, keberangkalian anak puan/tuan bukan disleksia. Mungkin dia sukar untuk sesuaikan diri dan berkawan.

      Delete
  20. Salam cikgu. Saya mempunyai seorang anak lelaki berumur 7 tahun yang mempunyai masalah dari segi mengenal huruf, mengeja, mengira dan menulis terbalik. Apa bila saya mengajarnya mengenal huruf dia hanya mengingatnya dalam masa yang singkat. Begitu juga mengeja dan mengira. Pada peperiksaan akhir tahun segala jawapan terjawap dia tidak mampu untuk menjawab semua soalan. Begini cikgu apakah yang saya harus buat kerana tanda-tanda disleksia memang ada padanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Saya cadangkan tuan/puan ke klinik/hospital untuk buat pemeriksaan masalah pembelajaran oleh doktor pakar kanak-kanak.

      Delete
  21. Masih berusaha untuk yg terbaik untuk anak...sblm dia dinilai oleh cikgu pd hujung tahun ini...doakn sy n ank bkn tak boleh terima kekurangan ank tp mnghrap ank dpt di didik dgn baik walaupun lmbt membaca n mengenal huruf...

    ReplyDelete
  22. Salam...saya Azlina, anak lelaki saya sekolah darjah 2. Dari segi pemerhatian fizikal anak saya nampak biasa,tetapi klakuan mnampakkn diri spt kanak2 5@6 tahun. Dari segi pbelajaran biasa saja,penulisan abjad akan tertukar b@d,c terbalik,q @p..membaca amat lemah. Suku kata xlepas@memang xreti langsung. Amat meminati subjek matematik.Aktif bersukan.

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum,Saya zainup,anak Saya perempuan berumur 6 thn,tahun dpn darjah satu.dia ni ada masalah dgn huruf b - d,kalau tulis huruf p akan jadi q.sekarang Saya ajar dia membaca,tapi dia masih belum dapat menguasainya,kadang2 dia cakap dia tak dapat nak fikir.dia cuma suka melukis dan suka matematik,kadang2 dia tulis no 5 Dan 6 pun terbalik.Adakah dia ni Ada masalah diseleksia.Tolong Bantu saya

    ReplyDelete
  24. assalamualaikum cikgu..anak saya umur 5 tahun..ni bulan ke empat dia bersekolah tadika cina..guru besar dia telah memaklumkan pada saya anak saya tidak mengingati setiap apa diajar tetapi dikelas tiada mengganggu pelajar lain dan sejenis cool..bila saya teliti setiap homework dia seperti satu keausahan pada nya dan beberapa kali kata tidak paham..dia masih xbole baca suku kata walaupon berhari2 diajar.semasa umur dia 3 tahun saya sudah refer terapi speech kerajaan katanya semua baik..sekarang saya jadi stress pikirkan dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam. Terima kasih kerana berkunjung ke blog Cikgu Hijau.

      Maaf puan, saya tidak dapat memberikan ulasan tentang perkara ini memandangkan ruang di sini yang sangat terhad dan saya bukanlah orang yang sesuai untuk menjadi rujukan.

      Apa yang boleh saya cadangkan adalah puan merujuk kepada doktor pakar kanak-kanak di hospital atau pusat 3PK yang berdekatan untuk pemeriksaan lanjut sama ada anak puan menghadapi masalah dalam pembelajaran atau tidak.

      Pusat 3PK adalah Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas yang menyediakan perkhidmatan saringan kepada kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri berkeperluan khas.

      Harap jawapan ini dapat membantu puan.

      Delete