Serangan berlaku jam 12.25 tengah hari, ketika guru sebuah sekolah rendah di Berapit, Bukit Mertajam, K Shanmugam, 45, yang memandu kereta jenis Toyota Wish dalam perjalanan ke sekolahnya atas urusan kerja.
![]() |
Sebaik terkena tembakan, mangsa dikatakan cuba menyelamatkan diri melalui pintu penumpang, namun tidak berjaya lalu rebah dan tersembam pada tempat duduk penumpang hadapan |
Ini merupakan kejadian ketiga bulan ini guru menjadi sasaran penembak upahan.
Pada 4 Julai lalu, seorang guru, Mat Zaki Hashim, 35, cedera di leher selepas ditembak di Kampung Kubang Panjang, Pasir Mas, manakala pada 7 Julai, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, Bachok, Kelantan, Hashim Mat Zin, 43, mati selepas terkena tiga das tembakan.
Petikan sumber:
No comments:
Post a Comment