Saya sedia memaafkan Cik Liyana Adnan dengan syarat...

Cik Liyana Adnan yang dicemuh para guru selepas dengan sengajanya mengkritik kerjaya guru, semalam telah memohon maaf melalui ruangan komen Blog CikguHijau. Ini merupakan respon beliau selepas saya menulis entri Kenapa blog Kisah Liyana ditutup?
 
assalamualaikum,
saya liyana adnan yang cikgu maksudkan diblog ini. terima kasih saya ucapkan kerana turut menulis mengenai saya. sesungguhnya, saya memohon maaf dengan apa yang berlaku.

disini, saya back-link kan entry kenyataan maaf saya yang terbaru.

http://cikyanaadnan.blogspot.com/

terima kasih. assalamualaikum.

Saya sedia memaafkan Cik Liyana dengan syarat jangan halang saya daripada terus menulis blog dan melupakan apa yang telah berlaku kesan dari entri  Untung laa sape jadi cikgu..... 

Bolehkah macam tu??? Memaafkan dengan bersyarat. Macam kes pergaduhan artis Neelofa dan Anzalna lah pulak. Memaafkan tapi dengan syarat.

Macam tidak ikhlas jer bunyinya....


Apa pun, orang sudah minta maaf, kita kenalah maafkan.



Terima Kasih

7 comments:

  1. memaafkan tu kadang2 lebih mudah tp nak melupakan tu yg susah.. bila dia dh calarkan hati orang, maka dia kena terima jugak akibatnya. Apapun kemaafan tu lbh baik dari berdendam.. semoga menjadi pengajaran buat liyana

    ReplyDelete
  2. Memaafkan tak mudah, melupakan lagilah susah. Sebab itulah darjat orang yg memberi maaf lebih tinggi daripada orang yg meminta maaf. Maafkan saya kalau silap.

    ReplyDelete
  3. MD setuju.....

    memang dah maafkan...walaupun kat blog MD dia tak singgah utk minta maaf....(tak aci la kan..huhuhu)

    tapi sampai bila-bila akan ingat...(berpendirian sama mcm cikgu hijau)

    dan MD akan selalu nasihat anak2 murid yang kecil2 ni...hargai dan redha dengan ilmu yang sudah di beri oleh guru...siapapun mereka suatu hari nnt..bermula dengan cikgu yg mengajar menulis... mengira....

    ReplyDelete
    Replies
    1. MD... mungkin Cik Liyana 'gerun' nak singgah mintak maaf kat blog MD. Maklumlah, kat sana masih lagi 'HOT & SPICY'. Dia tunggu sejuk dulu. Hehe he. Jangan mare k.

      Delete
  4. Tu ler......hot n spicy perasa tom yam lagi.....huhu.....

    Xpe lah .....
    Be strong MD......kikikiki

    ReplyDelete
  5. Berhati2lah bila membuat sebarang kenyataan.. kamu x tahu masalah & dunia perguruan, jd kamu x layak utk mangeluarkan kenyataan seperti itu. Tepuk dada tanya hati, sapa yg didik kamu sehingga kamu jadi siapa kamu sekarang. Seharusnya kamu bercakap seperti seorang yg berpendidikan! kami warga guru amat kecewa... semoga semua ILMU yg kamu perolehi dari TADIKA sehingga SEKARANG diberkati ALLAH & diHALALkan oleh guru2 yg pernah mengajar kamu....

    ReplyDelete
  6. salam kenal..
    sedangkan yang bukan cikgu pun panas hati membaca lontaran hati cik Liyana, apalah lagi kita sebagai cikgu.
    mestilah terasa sangat....
    apapun, maafkanlah dia..
    semoga dia benar-benar insaf akan perbuatan dia tu..
    kalau tak juga insaf, hukum karma la menantinya..
    Tapi harap dia dah betul-betul insaf la..=)

    ReplyDelete