Di dalamnya ada bangunan, kedai, hotel, panggung wayang, restoran, balai polis, mahkamah, balai bomba, salun, TNB, Telekom, Lapangan terbang, stesen minyak, tempat belajar kereta, tempat cuci kereta, pasaraya, sekolah memasak, sekolah melukis, kolej, rumah kediaman, kilang, hospital, disko pun ada, stesen TV, bank, stesen radio Hitz.fm dan banyak lagi. Bumbungnya pula di cat seolah-olah seperti langit biru.
Di sini, kanak-kanak bermain dan belajar menjadi orang dewasa melalui pekerjaan yang dilakukan. Terdapat lebih daripada 90 pekerjaan yang ditawarkan di Kidzania. Apabila bekerja, kanak-kanak akan dibayar gaji menggunakan wang yang dinamakan Kidzos. Dengan Kidzos, mereka boleh membeli makanan, membayar perkhidmatan, menyimpan di bank atau pun membelanjakannya di kedai yang menggunakan mata wang Kidzos yang terdapat di City of Kidzania.
Mata wang Kidzania iaitu KidZos |
Kanak-kanak di Kidzania boleh memilih pekerjaan yang disukai seperti bomba, polis, hakim, peguam, penyiasat, pekerja Telekom, doktor, doktor gigi, jururawat, pilot, flight attendant, wartawan, pengacara dan sebagainya. Pekerjaan paling popular adalah bomba dan pilot/flight attendant. Di sini, pengunjung terpaksa beratur panjang untuk menunggu giliran. Saya terpaksa menunggu hampir 40 minit untuk memenuhi impian seramai 7 orang anak-anak prasekolah sepanjang masa bertanya.... cikgu, bila nak jadi bomba ni....?
Aktiviti bekerja sebagai bomba memang nampak menarik pada mata kanak-kanak. Selepas mendengar taklimat, mereka akan dibawa menaiki kereta bomba. Di atas kereta bomba, mereka menyanyi lagu sementara kereta bergerak menuju ke tempat kebakaran. Sampai di tempat kebakaran, mereka akan memadamkan kebakaran yang berlaku di hotel menggunakan alat yang memancutkan air ke arah hotel. Kebakaran memang nampak macam betul-betul berlaku. Ada api, ada bunyi seperti kaca-kaca pecah dan bunyi letupan.
Aktiviti bekerja sebagai bomba memang nampak menarik pada mata kanak-kanak. Selepas mendengar taklimat, mereka akan dibawa menaiki kereta bomba. Di atas kereta bomba, mereka menyanyi lagu sementara kereta bergerak menuju ke tempat kebakaran. Sampai di tempat kebakaran, mereka akan memadamkan kebakaran yang berlaku di hotel menggunakan alat yang memancutkan air ke arah hotel. Kebakaran memang nampak macam betul-betul berlaku. Ada api, ada bunyi seperti kaca-kaca pecah dan bunyi letupan.
Impian tercapai. Sedang kusyuk mendengar taklimat kebakaran. |
Satu aktiviti mengambil masa antara 15-20 minit. Aktiviti pula ikut kesesuaian umur dan bilangan peserta. Contohnya untuk jadi bomba, ambil masa 20 minit dan hanya melibatkan 8 kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas sahaja dalam satu-satu masa. Selepas habis aktiviti menjadi ahli bomba, kanak-kanak akan dibayar gaji sebanyak 8 kidzos. Ibu bapa dan penjaga tidak dibenarkan terlibat di dalam setiap aktiviti yang disertai oleh kanak-kanak. Orang dewasa hanya boleh melihat dari jauh, maklumlah kanak-kanak kan sudah bertukar menjadi dewasa di Kidzania!
Peraturan aktiviti di Fitters Fire Station. (+8 maknanya dapat gaji 8 KidZos) |
Jika kanak-kanak ingin belajar sesuatu seperti belajar melukis di Painting School, mereka dikenakan bayaran sebanyak 5 Kidzos.
Peraturan aktiviti di Painting School. (-5 bermaksud kena bayar 5 KidZos) |
Hospital KPJ. Tak sempat nak masuk. |
Kidzania Kuala Lumpur ini boleh memuatkan sehingga 1700 orang dalam satu masa. Pada hari rabu lepas, saya dimaklumkan lebih 1000 orang berkunjung ke Kidzania.
Kidzania Malaysia adalah rangkaian Kidzania yang ke-9 di dunia dan dibuka pada 28 Februari 2012. Kidzania berasal dari Mexico dan sudah pun berada di Jepun , Korea, Dubai, Jakarta, Lisbon, Monterrey, Koshien, Santiago dan Cuicuilco.
Panjang lagi kalau nak tulis tentang Kidzania ini, jadi saya fikir baik saya ringkaskan saja.
- Bayaran masuk sila klik dan baca di sini.
- Aktiviti lain yang lebih menarik boleh baca di catatan lawatan SK Taman Kosas di sini.
- Baca lagi catatan tentang Kidzania di sini.
- Laman rasmi Kidzania Malaysia - http://www.kidzania.com.my/
Follow sini.. jom follow afiq juga k.. hueee
ReplyDeleteDah pernah ke sini tapi tak masuk,umur kanak-kanak belum sesuai utk dibawa masuk...insyaallah akan ke sana lagi.
ReplyDelete