Selesai sudah! Alhamdulillah.
Pagi tadi saya didatangi pegawai PPD untuk memantau pelaksanaan PROTIM. Sepatutnya sekolah saya dipantau sebelum puasa hari itu, tapi setelah dua kali tertunda, akhirnya hari ini bertemu jua.
Antara perkara-perkara yang dipantau semestinya fail-fail berkaitan dengan PROTIM iaitu:
- Fail rasmi - surat drp atau kepada PPD/JPN, surat pekeliling, surat pelantikan rasmi
- Fail induk - carta organisasi JK, jadual waktu guru2 PROTIM, minit mesyuarat, data murid, laporan aktiviti, soalan2 ujian praujian/pascaujian, modul P&P untuk guru dan murid.
Pemantau ada bertanya tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan untuk murid-murid PROTIM seperti kelas tambahan. Beliau juga bertanyakan tentang masalah yang dihadapi oleh guru-guru PROTIM.
Saya bertanya tentang peranan GPK dalam program PROTIM ini, kerana awal tahun ini saya dimaklumkan GPK akan terlibat secara langsung dalam P&P (mengajar murid2 PROTIM). Pemantau mengatakan inilah pertama kali beliau mendengar tentang hal ini. Dalam pengetahuannya, guru yang mengajar PROTIM adalah guru mata pelajaran (BM & MT) bagi kelas yang terlibat.
Ini adalah kali kedua saya terlibat dalam pemantauan selepas pemantauan KSSR/PBS.
No comments:
Post a Comment