Jawatan Luar Norma di Sekolah Rendah

Jawatan Luar Norma bermaksud jawatan yang diperuntukan khas berdasarkan kriteria setiap sekolah oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia. Jawatan tersebut tidak dikira sebagai guru akademik atau guru asas di sesebuah sekolah.

Seperti jawatan Pengetua dan Guru Besar di semua sekolah merupakan jawatan luar norma. Manakala yang lain termasuk Guru Penolong Kanan berdasarkan gred sekolah. Begitu juga dengan beberapa jawatan lain seperti Guru j-Qaf, Penyelaras Bestari, Guru Media dan sebagainya.

Manakala Jawatan Dalam Norma bermaksud guru yang mempunyai jawatan tertentu tetapi dikira dalam kouta Guru Akademik seperti Jawatan Guru Data atau Guru Pendidikan Agama Islam

Nak Tukar Profesion?
Senarai berikut adalah jawatan luar norma berdasarkan maklumat dalam EMIS.

1 Guru Besar
2 Penolong Kanan Akademik
3 Penolong Kanan HEM
4 Penolong Kanan Kokurikulum ( bagi Gred A sahaja)
5 Penolong Kanan Petang
6 Guru Pakar / Guru Cemerlang
7 Guru Bimbingan dan Kaunseling
8 Guru Penyelaras Bestari
9 Guru Media
10 Guru J-QAF
11 Guru Pemulihan Khas





# Jawatan luar norma adalah seperti yang dinyatakan dalam surat lantikan.

# 1 Jawatan Luar Norma bermaksud kuota sekolah boleh tambah 1 lagi. Contohnya, kuota sekolah A ialah 111 guru sahaja, dengan adanya jawatan luar norma, cthnya 5 jawatan luar norma, sekolah A boleh ada 116 guru. 


Terima Kasih

5 comments:

  1. Salam..guru A mendapat lantikan sekolah dan bukan jabatan sebagai penolong kanan 1 di sekolah, apakah itu juga dimasukkan dalam jawatan luar norma?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, saya tak pasti tentang itu. Cuba tanya kerani perjawatan di sekolah.

      Delete
  2. Tidak
    Lantikan sekolah dikira sebagai dalam norma

    ReplyDelete
  3. Boleh x guru luar norm di lantik sebagai guru bantuan sepenuh masa di sk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, Saya kurang jelas apa itu guru bantuan. Adakah guru ganti? Biasanya guru luar norma ini koutanya terhad.

      Delete