Berikut adalah sedutan sepucuk surat oleh seorang guru Pemulihan Khas yang beliau layangkan kepada pihak KPM dan JPN bagi mendapatkan kepastian tentang permasalahan yang dihadapi. Di sini saya hanya ingin berkongsi tentang cabaran, hala tuju dan juga mungkin nasib yang sedang dihadapi oleh para GPK pada masa kini dan masa hadapan.
Renung-renungkan...
Saya
ingin mendapatkan kepastian tentang beberapa perkara yang melibatkan bidang
kerja saya sebagai guru pemullihan khas. Untuk makluman pihak tuan, saya
ditempatkan di sekolah ini bermula pada Julai 2007. Saya merupakan Guru
Pemulihan Khas KPLI (Mode KDC) Ambilan November 2007.
Berikut adalah perkara-perkara yang sentiasa menjadi pertanyaan dan kekeliruan bagi diri saya diri dan pihak pentadbir. Diharapkan pihak tuan dapat memberikan jawapan atau kalau boleh berserta dengan perkeliling tentang perkara-perkara ini.
Berikut adalah perkara-perkara yang sentiasa menjadi pertanyaan dan kekeliruan bagi diri saya diri dan pihak pentadbir. Diharapkan pihak tuan dapat memberikan jawapan atau kalau boleh berserta dengan perkeliling tentang perkara-perkara ini.
1.
Saya
telah diberikan amanah menjadi guru Bahasa Malaysia tahun 1 selama 2 tahun
(bermula thn 2010 dan thn 2011), guru Matematik tahun 3 (2008), Guru Bahasa
Malaysia tahun 3 (2009)
Persoalannya:
- Bolehkah Guru Pemulihan Khas mengajar Bahasa Malaysia Tahun 1 (12 waktu) dan dalam masa yang sama mengajar pemulihan Bahasa Malaysia dan Matematik bagi kelas tahun 3 dan tahun 4?
- Kalau murid yang masih dalam kategori LINUS tegar, siapakah yang dapat ‘membantu’ saya meringankan tugas saya sebagai guru Bahasa Malaysia tahun 1, sedangkan saya juga guru pemulihan?
- Sebagai guru Bahasa Malaysia tahun 1, saya terikat dengan silibus LINUS dan KSSR, PLBS, PKJR, Ujian Bulanan dan Semester yang menuntut saya untuk membuat banyak persiapan dan kerja tambahan kerana semua maklumat murid perlu direkodkan, justeru bukankah perkara ini amat membebankan kerja saya sebagai guru pemulihan?
- Ada masanya saya terpaksa kerja lebih masa pada waktu petang untuk mengemas kini fail murid-murid kerana sibuk dengan kerja lain, justeru adakah ini memang satu kelaziman bagi guru pemulihan khas
2.
Kelas
bimbingan Waktu Petang
Saya juga terlibat dengan kelas bimbingan untuk murid tahun 1. Seperti sebelum ini, saya turut terlibat dengan kelas bimbingan Tahun 3, Tahun 4 Dan Tahun 6.
Saya juga terlibat dengan kelas bimbingan untuk murid tahun 1. Seperti sebelum ini, saya turut terlibat dengan kelas bimbingan Tahun 3, Tahun 4 Dan Tahun 6.
- Bolehkah guru pemulihan terlibat dengan kelas bimbingan pada waktu petang sedangkan ada masanya saya perlu untuk menyediakan bahan bantu mengajar dan menyemak fail murid pemulihan?
- Wajibkah guru pemulihan mengikuti kelas bimbingan?
3.
Tugas
tambahan
Jika merujuk kepada garis panduan guru
pemulihan khas edisi 2008, KP/JPK(BPP)2M/009Jld.1 (44) bertarikh 28 Disember
2007, Guru Besar hendaklah memberi pertimbangan sewajarnya agar Guru
PemulihanKhas tidak dibebani dengan tugas-tugas yang boleh menjejaskan
pengendalian kelas pemulihan khas (seperti Pengerusi Buku Teks, Pengerusi RMT,
Setiausaha Sukan). Namun di sekolah situasinya adalah berlalinan. Antara tugas
tambahan saya ialah:
·
Setiausaha
Kokurikulum
·
Setiausaha
Panatia Bahasa Malaysia
·
Setiausaha
Mesyuarat Staf
·
Penyelaras
Stor Sukan
·
Juruacara
Setiap Majlis
·
AJK
Buku Program (Setiap Aktiviti)
4. Guru
pengganti (merujuk kepada GPKhas berkhidmat sepenuh masa melaksanakan program
pemulihan khas sebagaimana yang ditetapkan dalam surat Siaran KPM KP(BS)8502/5/PK/Jld.V(34)].
Oleh itu amalan melantik GPKhas sebagai guru
ganti / mengajar sebahagian mata pelajaran di kelas biasa adalah tidak
dibenarkan.
a.
Sepanjang
3 tahun di sini, saya sentiasa menjadi kambing hitam.
b.
Setiap
kali ada guru yang berkursus, saya ialah orang pertama yang akan menggantikan
semua jadual waktu guru tersebut. Selama mana guru itu berkursus, selama itulah
saya diminta untuk menutup kelas pemulihan dan menggantikan guru itu mengajar
di kelas biasa.
c.
Pernah
satu ketika saya menggantikan guru Bahasa Malaysia tahun 6 kursus selama 2
bulan dan dalam masa yang sama mengajar Bahasa Malaysia Tahun 1. Kelas
Pemulihan diminta tutup. Saya kesian dengan murid-murid Pemulihan, prestasi
makin merosot sekiranya diabaikan.
d.
Pada
tahun lepas (2010) dan tahun sebelumnya (2009) saya telah diminta untuk
menggantikan guru Pra sekolah yang berkursus 2-3 minggu. Saya betul-betul
tertekan kerana sekali lagi terpaksa menutup kelas pemulihan khas. Malah pada
masa cuti sekolah saya dipaksa untuk menggantikan Guru Prasekolah yang bercuti
semata-mata untuk mengikuti Kursus Guru Prasekolah.
e.
Baru-baru
ini awal Feb 2011, guru pra mengambil CRK, jadi sekali lagi saya ‘sit in’ kelas
Prasekolah dan cikgu lain yang menggantikan saya sit in masa kelas Bahasa
Malaysia Tahun 1 saya. Saya betul-betul saya sedih sedangkan semangat saya
untuk mengajar Tahun 1 yang masih lagi baru kenal ABC berkobar-kobar dengan
andaian saya cuba sedaya untuk mengurangkan kadar murid LINUS untuk saringan 1
bulan mac 2011. Acap kali guru prasekolah CRK, Berkursus dan taklimat saya
terpaksa MENUTUP KELAS PEMULIHAN. Alasan pentadbir, orang yang pertama
mengganti ketiadaan Guru Prasekolah ialah GURU PEMULIHAN KHAS.
f.
Saya
tersepit di tengah-tengah. Pemulihan Khas bidang saya dan sangat penting, LINUS
pun penting, UPSR pun penting dan prasekolah????
g.
Mungkin
tuan hairan kenapa saya diberi tugas mengajar tahun 1 dan tahun 6 serentak
(Tahun 2010) seolah-olah tiada guru lain yang lebih layak menjadi guru
pengganti. Tetapi inilah konflik yang saya hadapi atas alasan pihak pentadbir
bahawa mereka percaya dengan kemampuan saya.
h.
Namun,
mereka tidak sedar bahawa mereka “menambahkan beban” dan “tekanan” kerja yang
saya hadapi.
i.
Cara
penyelesaian mereka ialah meminta saya menutup kelas pemulihan, jadi kelas
pemulihan xdapat dilaksanakan. Tetapi atas rasa tanggungjawab, selepas kelas
tambahan sebelah petang saya terpaksa membuat kelas pemulihan pada waktu malam
untuk back up murid-murid pemulihan agar tidak terus tercicir.
j.
Jadi
sampai bila saya terus dijadikan macam “bola”? Terpaksa ditendang ke ulu ke
hilir. Memang logik juga kenapa guru yang paling ramai masuk ke pusat sakit
jiwa kalau situasi macam ini berlanjutan!!
5. Saya
bukan jenis yang terlalu berkira, tetapi apa yang amat menyedihkan pihak
pentadbir sendiri seolah-olah mempergunakan kemahiran yang ada pada diri saya
untuk mencapai misi dan visi mereka kerana mereka mahukan UPSR cemerlang dan
LINUS 100% dan begitu juga dengan KELAS PEMULIHAN.
6. Sasaran
terhadap pencapaian murid itu yang sentiasa nak dicapai, tetapi saya guru yang
paling banyak “menanggung keperitan dalam senyap”.
7.
Justeru,
saya berharap ada pihak seperti KPM dan JPN yang sudi memberikan maklum balas
hitam putih terhadap permasalahan seperti ini kerana ramai di sekolah-sekolah
lain juga guru pemulihan menghadapi masalah yang sama. PROGRAM PEMULIHAN DAN
PROGRAM LINUS dipantau terus di bawah kementerian, tetapi adakah kedua-dua
program ini diletakkan 100% di bawah guru pemulihan? Dasar kerajaan sebenarnya
sangat “cantik” tetapi pelaksanaan di peringkat sekolah yang tidak secantik dan
seindah yang kita dengar.