Pengambilan Program Ijazah Sarjana Perguruan (PISP) IPG bagi tahun 2026 akan dibuka secara dalam talian di portal myPISP dan ia terbuka kepada guru KPM atau Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) KPM.
Mod program: Sepenuh masa
Tempoh pengajian: 2 tahun (4 semester)
Tempat pengajian: Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)
Tarikh permohonan: 5 April - 30 April 2026
Mula pengajian: Ogos 2026 (Semester 1)
Website permohonan: https://mypdpp.moe.gov.my/pisp/
IPGM menawarkan Program Master (Sarjana) kepada guru KPM yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda (Bachelor's Degree) dan ingin sambung belajar ke peringkat lebih tinggi iaitu Ijazah Sarjana (Master's Degree). Program ini ditawarkan bermula tahun 2024 secara separuh masa di kampus IPG yang terpilih. Program ini bukan program tajaan KPM kerana guru perlu membayar sendiri yuran pengajian.
Program ini sesuai untuk guru yang berminat untuk meningkatkan tahap penguasaan ilmu pedagogi (pengajaran dan pembelajaran). Antara kelebihan mempunyai Ijazah Sarjana Pendidikan atau Master in Education ialah guru boleh memohon jawatan lain seperti pensyarah IPG, Nazir di PPD/JPN/ KPM, pegawai di Bahagian-Bahagian KPM dan yang jawatan lain berkaitan dengan pendidikan.
%202026.jpg)

No comments:
Post a Comment