Matriks Pembelajaran Malaysia (MPM) Tahun 4 Mulai 2026 Dan Tingkatan 3 Mulai 2027


Matriks Pembelajaran Malaysia (MPM) merupakan satu bentuk pentaksiran baharu kepada murid sekolah rendah (tahun 4) dan murid menengah rendah (tingkatan 3) yang melengkapkan pentaksiran awam sedia ada pada semua peringkat persekolahan. MPM bermula tahun ini, 2026 bagi murid tahun 4 sekolah rendah manakala tingkatan 3 akan bermula pada tahun depan, 2027.

MPM dilaksanakan untuk mengesan tahap penguasaan literasi dan numerasi dalam kalangan murid yang terlibat yang membolehkan intervensi pendidikan dilaksanakan secara lebih berfokus. Ia bukan pengganti kepada UPSR atau PT3.



MPM bagi tahun 4, mata pelajaran yang terlibat ialah iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Bahasa Cina SJKC, Bahasa Tamil SJKT. Bagi Tingkatan 3, mata pelajaran yang terlibat ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah. Matriks Pembelajaran ditadbir secara berpusat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).



Jadual Waktu Matriks Pembelajaran Malaysia Tahun 4


MPM Tahun 4 dijadualkan akan dilaksanakan pada bulan Oktober 2026 selama 3 hari:

  • Selasa, 6 Oktober 2026 - Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  • Rabu, 7 Oktober 2026 - Matematik dan Sains
  • Khamis, 6 Oktober 2026 - Bahasa Cina (SJKC), Bahasa Tamil (SJKT)







Sumber:

No comments:

Post a Comment