PENTAKSIRAN - adalah proses menyeluruh untuk mengumpul maklumat tentang perkembangan dan potensi murid yg merangkumi dua kaedah:
1) Pengukuran secara objektif spt pengujian melalui peperiksaan.
2) Pengukuran secara subjektif spt pemerhatian dan refleksi oleh guru.
PENILAIAN - tafsiran terhadap maklumat yg dikumpul yg memberi makna kepada data spt gred atau tahap pencapaian. Contohnya skor 84% adalah Cemerlang.
PENGUKURAN - proses mendapatkan maklumat tentang sesuatu yg diukur. Ia boleh dilakukan secara objektif spt guna instrumen kertas soalan dan secara subjektif spt guna borang pemerhatian.
PENGUJIAN - satu bentuk pengukuran yg menggunakan instrumen khusus spt kertas soalan, kuiz, ujian lisan. Pengujian boleh menjadi sebahagian daripada pentaksiran, tapi bukan keseluruhan pentaksiran.
PEPERIKSAAN - pengujian formal yg diadakan pada waktu tertentu, selalunya skala besar spt seluruh kelas, sekolah, atau negara. Contoh mudah adalah UASA atau SPM.
PENCAPAIAN - adalah hasil yg diperoleh daripada proses pengukuran. Contohnya spt skor, markah, peratus, gred. Pencapaian adalah maklumat, bukan penilaian. Penilaian berlaku apabila maklumat itu ditafsirkan.
FORMATIF - pentaksiran formatif berlaku sepanjang proses pembelajaran, bertujuan bantu murid belajar dan guru menyesuaikan pengajaran. Ia bersifat diagnosis dan sokongan spt kuiz ringkas, soalan lisan, pemerhatian harian, refleksi guru, maklum balas segera. Outputnya adalah maklum balas untuk penambahbaikan, bukan gred.
SUMATIF - pentaksiran sumatif berlaku di akhir unit, semester, atau tahun yg bertujuan menentukan tahap pencapaian murid. Ia bersifat penghakiman dan pengiktirafan spt UASA, SPM dgn outputnya spt gred, markah, sijil, kedudukan. Semua aspek di atas adalah asas dlm pentaksiran sekolah khususnya. Maksud objektif adalah 'jawapan yang specifik' spt dlm MCQ, hanya satu jawapan betul sahaja.
MATRIKS ?
Senarai Buku Panduan & Buku Latihan
- [PUSTAKA NADWA] Pentaksiran Dalam Pendidikan - Buku Rujukan Pentaksiran Sekolah untuk Pelajar IPG/PISMP
- PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN - MKe
- Pentaksiran Dalam Bilik Darjah I Teori Ujian dan Pentaksiran Pendidikan
- [BS] Pelangi Buku Latihan 2025 Target PBD UASA (KSSM) Tingkatan 123 Modul Pentaksiran Bilik Darjah
- [TNY] SASBADI: Modul Persediaan UPSA & UASA (JSU) KSSM【Tingkatan 1 - 3】 EDISI 2026 - Format Exam UJIAN
- [TNY] SASBADI: Kertas Persediaan LENGKAP UPSA & UASA (JSU) KSSR 【Tahun 1 - Tahun 6】New Exam Format 2026
- [MyEducationBooks] Vision: Kertas Model Matriks Pembelajaran MPT4 [TAHUN 4] Buku persediaan ujian Matriks MPM Edisi 2026
- [MyEducationBooks] Didik: PERSEDIAAN MATRIKS PEMBELAJARAN & UASA [TAHUN 1-6] Buku persediaan ujian
- [TNY] DIDIK: PERSEDIAAN MATRIKS PEMBELAJARAN 【TAHUN 1 - 6】Ujian Akhir Sesi Akademik Edisi 2026/27 Buku
- [MyEducationBooks] Didik: PERSEDIAAN MATRIKS PEMBELAJARAN & UASA [TAHUN 1-6] Buku persediaan ujian
Kredit:
Dr. Othman Talib (OT)
No comments:
Post a Comment