𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍 (𝐑𝐏𝐏) 𝐃𝐀𝐍 𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐌𝐔 (𝐑𝐓) 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐒𝐔𝐊𝐔 𝐊𝐄𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔
Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah membuka Sistem Tempahan Penginapan di Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) dan Rumah Tamu (RT) bagi suku keempat tahun 2026 seperti ketetapan berikut:
- Tarikh Penginapan: 1 Oktober 2026 hingga 3 Januari 2027
- Tarikh Pembukaan Tempahan: 22 September 2026 (Selasa)
- Masa: 12:00 tengah hari
Semua penjawat awam, pesara kerajaan dan badan berkanun yang layak adalah dipelawa untuk membuat tempahan melalui sistem yang disediakan bermula pada tarikh dan masa yang dinyatakan.
Untuk membuat tempahan rumah peranginan RPP atau RT, sila mendaftar di sistem PROMIS (Sistem Pengurusan Maklumat Hartanah) melalui capaian https://promis.bph.gov.my/ untuk membolehkan anda membuat tempahan RPP, RT dan menggunakan semua perkhidmatan dalam talian di Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH).

No comments:
Post a Comment