Salam dan hai semua.
Pada tahun 2022, saya telah menjalankan satu program intervensi peringkat sekolah bagi kemahiran membaca dan menulis untuk murid Pemulihan Khas tahun 3. Program ini dilaksanakan di luar waktu PdP iaitu selepas waktu persekolahan. Ia adalah renteten dan kesinambungan kepada Program Ganjaran SASUBA yang dijalankan pada waktu PdP tetapi lebih menfokuskan kepada murid tahun 3.
Maklumat program adalah seperti berikut:
📌Nama program: Klinik Asas 2M (Membaca & Menulis)- Nama program Klinik Asas Membaca lebih sesuai digunakan selepas post-mortem kerana objektif kemahiran menulis tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya atas faktor kekangan masa.
📌Objektif program:
1) Galakan membaca kepada murid.
2) Tingkatkan tahap penguasaan kemahiran asas membaca dan menulis.
3) Tingkatkan motivasi dan minat murid terhadap aktiviti membaca dan menulis.
4) Pupuk sikap bersaing sesama rakan sebaya secara sihat.
📌Bahan-bahan:
1) Kad bacaan bergred (Muat turun: Bahan Bacaan Berperingkat | Kad Bacaan Bergred [BBM])
- bahan bacaan diperingkatkan mengikut kemahiran
- setiap kemahiran terdiri daripada 10 siri kad
- setiap siri kemahiran dibezakan melalui warna
2) Borang rekod bacaan
3) Buku tulis atau buku nota untuk aktiviti mengimlak
📌Pelaksanaan: Di luar waktu PdP/ Selepas waktu persekolahan
📌Impak pelaksanaan: Jangka panjang
📌Tempoh pelaksanaan: 10 minggu
![]() |
Laporan program secara ringkas |
![]() |
Surat akuan kebenaran ibu bapa |
![]() |
Surat pemakluman kepada ibu bapa |
![]() |
Laporan bergambar |
![]() |
Laporan bergambar |
Assalammualaikum cikgu. Saya ingin memohon kebenaran cikgu untuk mencuba aktiviti ini di sekolah saya. Sekiranya cikgu tidak keberatan bolehkah cikgu berkongsi bahan-bahan ini. Terima kasih cikgu.
ReplyDeleteWaalaikumusalam, silakan cikgu, semoga ia dapat membantu.
DeleteSaya sudah kongsikan sebahagian kad bacaan bergred di blog ini dengan tajuk entri - Bahan Bacaan Berperingkat | Kad Bacaan Bergred [BBM].
(Link: https://www.cikguhijau.com/2024/05/bahan-bacaan-berperingkat-kad-bacaan.html)