Sarjana Pendidikan Mod Kerja Kursus (Mod C) Secara Sambilan (Part-Time), USM Ambilan Oktober 2023

Salam dan hai semua.

Saya kongsi di sini tawaran oleh USM di bawah program luar pesisir (Offshore programme) bagi Sarjana Pendidikan mod kerja kursus (Coursework) atau mod C untuk 4 semester. Pengajian dan pembelajaran akan dijalankan secara hibrid pada setiap Sabtu mengikut kalendar akademik USM bertempat di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang. Pembelajaran hibrid bermaksud pembelajaran yang menggabungkan dua atau lebih pendekatan dan kebiasaannya ia akan berlaku secara dalam talian (online) dan juga bersemuka secara fizikal.

Antara bidang pengkhususan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

1.  Pengajian Kurikulum

2. Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan

3. Pendidikan Bahasa Inggeris/TESOL

4. Pendidikan Sains

5. Psikologi Pendidikan

Untuk maklumat lanjut boleh merujuk kepada poster dan hadir pada sesi taklimat promosi program pada 17 Ogos 2023, Khamis pada jam 8.15 sehingga 9.15 malam melalui aplikasi webex (Imbas kod QR pada poster untuk akses).



No comments:

Post a Comment