Apakah Itu Sindrom Down?

📌Apakah itu Sindrom Down?

1. Sindrom Down ialah penyakit keturunan. Sindrom bermakna kehadiran sekumpulan gejala dan tanda yang boleh menunjukkan kepada sesuatu penyakit.

2. Sindrom Down berpunca daripada kecelaruan kromosom yang terlebih iaitu pada kromosom 21. Terdapat kromosom tambahan pada kromosom nombor 21 yang pada seorang kanak-kanak yang juga dikenali sebagai Trisomi 21. Tiga salinan kromosom 21 (biasanya hanya dua salinan) terdapat dalam setiap satu sel. Hal ini bermaksud kanak-kanak Sindrom Down mempunyai 47 jumlah kromosom berbanding 46 (23 pasang) bagi kanak-kanak tipikal. Kecelaruan kromosom tersebut memberi kesan kepada perkembangan otak dan tumbesaran kanak-kanak.

3. Sindrom Down terbahagi kepada tiga (3) tahap iaitu ringan, sederhana dan teruk. Kanak-kanak yang terlibat lahir dengan ciri-ciri fizikal dan boleh juga mempunyai masalah-masalah kesihatan yang berkaitan dengannya. 

4. Sindrom Down telah dikategorikan sebagai kurang upaya pembelajaran. Kurang upaya pembelajaran bermaksud masalah kecerdasan otak yang tidak selaras dengan usia biologikalnya.

5. Kekerapan atau kadar kejadian Sindrom Down secara keseluruhannya ialah satu pada setiap 800 kelahiran. Risiko menjadi tinggi dengan bertambahnya umur ibu semasa hamil.

6. Sindrom Down disahkan melalui ujian darah kanak-kanak bagi mengesan kehadiran kromosom tambahan kromosom nombor 21. Ujian juga boleh dilakukan semasa kehamilan melalui ujian darah, pemeriksaan ultrasound atau analisis cecair mentuban (amniotic fluid).


📌Ciri-Ciri Fizikal Kanak-Kanak Sindrom Down

  • Tubuh yang pendek.
  • Kepala bersaiz kecil.
  • Raut wajah yang rata dengan kedudukan mata sedikit ke atas.
  • Lidah terjelir.
  • Satu garis lurus di tapak tangan, tangan yang besar, jari tangan yang pendek dan jurang yang besar di antara ibu jari dengan jari kedua kaki.
  • Pertumbuhan yang lambat.
  • Kecacatan mental yang ringan atau sederhana.

📌Strategi Pengajaran & Pembelajaran Sindrom Down

1. Menggunakan gambar, simbol, ilustrasi dalam kehidupan seharian atau dalam kelas.
2. Mewujudkan rutin atau aktiviti berstruktur dan sebaiknya disokong dengan gambar.
3. Menggunakan font yang besar atau warna yang kontra dalam lembaran kerja.
4. Melaksanakan pendekatan inklusif di sekolah, rumah mahupun aktiviti sosial.
5. Mengadakan Sistem Ganjaran.
6. Menerapkan penggunaan alat teknologi dalam sesi pengajaran.




Sumber: 

No comments:

Post a Comment