Salam rakan-rakan semua.
Ramai murid yang mengikuti kelas Pemulihan Khas di sekolah saya menulis huruf secara terbalik. Mereka KERAP menulis huruf 'b' sebagai 'd' dan vice versa. Ia dikatakan salah satu simptom atau ciri kecenderungan bagi murid yang mengalami masalah pembelajaran spesifik Disleksia.
Namun, untuk mengesahkan seseorang kanak-kanak atau murid mengalami simptom Disleksia, mereka perlu dirujuk kepada pengamal perubatan di hospital untuk menjalani pemeriksaan.
Petikan artikel dari Harian Metro:
Seorang lelaki berusia sekitar 45 tahun berasa ada perbezaan ketara mengenai dirinya ketika masih kecil hinggalah sudah menginjak dewasa. Dia akui sukar untuk membandingkan antara bentuk sebenar ‘b’ dan ‘d’ yang dilihat menjadi satu masalah bagi dirinya terutama ketika ingin menulis perkataan yang mengandungi huruf berkenaan. Namun, dia segera memperbaikinya jika dapat mengesan perkataan yang dieja salah dan bukannya memberi maksud seperti diinginkan jika ditulis di dalam ayat lengkap. Bukan itu saja, malah lelaki ini juga mengalami masalah untuk memahami ayat penuh dan panjang yang berbentuk arahan terutama berkaitan tunjuk arah.
Menurut Pakar Terapi Pertuturan Kanan, Jabatan Fizikal dan Pemulihan Perubatan Pusat Perubatan Prince Court, Linda Blankanette, disleksia bukannya penyakit, tetapi ia salah satu gangguan pembelajaran yang biasanya dialami kanak-kanak.
Lazimnya ia membabitkan masalah seperti membaca, menulis, mengeja dan mengira. Secara umum, 10 peratus populasi di seluruh dunia ada masalah disleksia dan mungkin angka itu lebih tinggi kerana ada sesetengah kes yang tidak dikesan.
“Disleksia merujuk kepada individu yang menghadapi masalah membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.
“Ia tidak dikaitkan dengan masalah komunikasi atau kecacatan lain dan ibu bapa sukar melihat kekurangan anak mereka yang berusia di bawah tujuh tahun. Malah, ada sesetengahnya kadangkala tidak sedar mereka ada disleksia sehinggalah meningkat dewasa,” ujarnya.
Namun, jangan terkejut sebenarnya penghidap disleksia ini mempunyai tahap kecerdasan intelektual (IQ) normal atau lebih tinggi daripada kanak-kanak biasa.
Sumber:
- http://www.hmetro.com.my/articles/Disleksiabukanpenyakit_hanyagangguanpembelajaran/Article/
- Pendidikan Disleksia, Zainal Abidin & Suhaila Abdullah, 2010
Sekarang ni makin banyak kanak2 disleksia kan cikgu.. Jemput layari blog saya juga di www.cikguazleen.com
ReplyDelete