Disleksia terdapat dalam pelbagai variasi dan berbagai jenis. Sesetengah kanak-kanak disleksia sukar mengingat sesuatu perkara, sebaliknya ada pula yang ingatannya sangat baik. Ada yang mempunyai kemampuan Matematik yang baik, sebaliknya pula ada yang lemah.
Mereka ini memerlukan bantuan untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Pakar psikologi mencadangkan beberapa kaedah yang boleh diaplikasikan oleh guru atau ibu bapa untuk membantu kanak-kanak disleksia.
Antaranya ialah menggunakan Kaedah multisensori. Kaedah multisensori juga dikenali sebagai kaedah pelbagai deria.
V - visual (penglihatan)
A – audio (pendengaran)
K - kinesthetic (pergerakan )
T - tactile (sentuhan)
Sesuatu pengajaran yang baik haruslah melibatkan kepelbagaian deria yang ada dalam diri murid. Deria sentuhan dan pergerakan amat penting dalam sesuatu pengajaran yang bermakna selaras dengan deria penglihatan dan pendengaran.
Deria sentuh/rasa |
Kaedah Multisensori (VAKT)
Kaedah multisensori untuk kanak-kanak disleksia diperkenalkan oleh Dr Samuel Torrey Orton pada pertengahan tahun 1920-an. Beliau kemudian bekerjasama dengan Anna Gillingham dan menghasilkan Kaedah Orton-Gillingham. Kaedah ini kemudian dikenali sebagai kaedah multisensori untuk rawatan disleksia.
Menurut McIntrye dan Pickering, terdapat 6 aspek dalam pembelajaran menggunakan kaedah multisensori iaitu:
- kesedaran fonologi
- gabungan bunyi dan simbol
- pembinaan suku kata
- morfologi
- sintaksis
- semantik
Kaedah multisensori semasa mengajar kanak-kanak disleksia bukan sahaja menggunakan pelbagai deria malahan menjadikan pembelajaran bertambah seronok dan bermain selain mengurangkan tekanan.
Kaedah Multisensori, Philomena Ott (1997)
- Murid melihat perkataan menggunakan mata.
- Murid menyebut perkataan tersebut dengan kuat menggunakan mulut.
- Murid menulis perkataan tersebut menggunakan tangan dan pada masa yang sama menyebut huruf dalam perkataan tersebut.
- Kemudian murid membaca perkataan yang ditulis.
- Aktiviti ini perlu diulang sehingga menjadi tabiat.
Kaedah Multisensori Fernald, Coterall (1970)
- Perkataan ditulis di atas kertas A4 oleh guru menggunakan tulisan berangkai.
- Guru menyebut perkataan tersebut dengan jelas dan perlahan. Murid mengulang sebutan guru.
- Murid meneliti perkataan yang ditulis oleh guru.
- Murid menyalin semula perkataan tersebut di atas kertas menggunakan tangan sambil menyebut perkataan tersebut dengan kuat.
- Murid melipat kertas tersebut.
- Murid menulis perkataan tersebut semula daripada memori.
- Murid membuka semula lipatan kertas semula dan menyemak semula perkataan yang ditulis.
- Murid menggunakan perkataan tersebut dalam ayat.
Kajian National Institutes of Child Health and Human Development di Amerika mengatakan kaedah pembelajaran multisensori ialah kaedah yang paling efektif untuk mengajar kanak-kanak yang bermasalah dalam bacaan. Kajian tersebut menunjukkan kaedah multisensori lebih berkesan daripada kaedah fonetik.
Kaedah ini menjadi lebih efektif jika input sensori seperti penggunaan cahaya yang terang atau huruf menggunakan kertas pasir digunakan.
Margaret Combley (2001) menyatakan pembelajaran untuk membaca dan mengeja bergantung kepada keupayaan kanak-kanak untuk mendengar, melihat, menyebut dan menulis. Kegagalan kanak-kanak dalam keupayaan ini menyebabkan kanak-kanak tidak dapat menguasai kemahiran ini.
- Kamarudin Hj. Husin, (1998). Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn. Bhd.
- Guy .L.B., Barbara B.W., Miles A.T, & John B.W. (1994). Reading Difficulties: Their Diagnosis and Correction. Boston: Allyn and Bacon.
- Margaret A. R , Lynne K.L., & Janet W.L. (1989). Reading Problems: Assessment and Teaching Strategies. New Jersey: Prentice Hall.
- http://anuarsped.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment