Pendaftaran Murid Tahun 1 Bagi Kalendar Akademik Tahun 2027


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa pendaftaran murid Tahun 1 bagi sesi persekolahan Tahun 2027 akan dilaksanakan secara dalam talian bermula 15 Februari hingga 31 Mac 2026 melalui Sistem Bersepadu Kementerian Pendidikan (MOEIS) di https://idme.moe.gov.my

Pendaftaran adalah terbuka kepada kanak-kanak warganegara Malaysia kohort enam tahun (umur 5+) dan tujuh tahun (umur 6+) seperti berikut:

Enam tahun (umur 5+): Tarikh lahir antara 2 Januari - 31 Disember 2021
Tujuh tahun (umur 6+): Tarikh lahir antara 2 Januari 2020 - 1 Januari 2021

Langkah-Langkah Pendaftaran


✅ Daftar akaun idMe
✅ Kemas kini maklumat peribadi
✅ Hantar permohonan melalui MOEIS


Muat turun Kenyataan Media KPM di sini: Kenyataan Media KPM

Sumber:

No comments:

Post a Comment