Inisiatif pemberian Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) laluan khas ini merupakan program baharu Kementerian Pendidikan (KPM) khusus untuk guru-guru yang berkhidmat di sekolah terintang.
Istilah "Sekolah Terintang" merujuk kepada institusi pendidikan di Malaysia yang berdepan dengan cabaran geografi dan demografi yang khusus, seperti sekolah pedalaman, sekolah pulau atau sekolah yang mempunyai populasi murid Orang Asli, Peribumi dan anak-anak murid yang terkesan. Sekolah-sekolah ini biasanya memerlukan pendekatan pengurusan dan kepimpinan yang khusus berbanding sekolah harian biasa kerana ia sering berhadapan dengan cabaran seperti kekangan infrastruktur dan capaian logistik, isu keciciran dan kehadiran murid serta keperluan sosioekonomi pelajar yang memerlukan sokongan berterusan.
Kategori sekolah terintang adalah seperti berikut:
- Sekolah Orang Asli
- Sekolah di kawasan pulau dan pedalaman
- Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
- Program Sekolah Dalam Hospital
- Program Sekolah Model Khas
- Program Sekolah Komprehensif 9
- Program Sekolah Model Khas Komprehensif 11
- Program Khas Pendidikan Manusiawi
- Program Bimbingan Jalinan Kasih
Inisiatif ini merupakan usaha KPM dalam menyediakan peluang pembangunan profesionalisme dan peningkatan kompetensi guru, khususnya yang berkhidmat di sekolah-sekolah terintang.
Guru-guru yang sedang berkhidmat di sekolah-sekolah terintang yang layak dipelawa untuk mengemukakan permohonan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Pendidikan Sekolah Terintang bagi Ambilan Tahun 2027.
Permohonan dibuka mulai 11 November 2026 (Rabu), jam 10.00 pagi hingga 24 November 2026 (Selasa), jam 5.00 petang.
Guru-guru yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan syarat permohonan, bidang yang ditawarkan, panduan permohonan dan mengemukakan permohonan menerusi pautan berikut:

No comments:
Post a Comment