Berikut merupakan jenis-jenis alasan tidak hadir ke sekolah mengikut sistem IDME untuk rujukan ibu bapa dan penjaga. Ibu bapa dan penjaga perlu menyatakan alasan ketidakhadiran anak dengan jelas berdasarkan senarai yang diberikan bagi mengelakkan rekod kehadiran dilabel sebagai PONTENG oleh pihak sekolah. Alasan dan sebab yang tepat juga dapat membantu guru kelas merekodkan kehadiran murid dengan betul dan cepat.
Alasan atau sebab tidak hadir ke sekolah dikategorikan kepada 12 pecahan utama seperti berikut:
- Aktiviti luar sekolah
- Ancaman keselamatan
- Bencana alam
- Digantung sekolah
- Masalah keluarga
- Masalah peribadi
- PDPR
- Penggiliran peperiksaan
- Kebenaran Pengetua/Guru Besar
- Ponteng
- Masalah kesihatan
- Sekolah dalam hospital
AKTIVITI LUAR SEKOLAH
1) Wakil sekolahANCAMAN KESELAMATAN
2) Binatang liar/buas/berbisa3) Diculik
4) Gangguan mistik/makluk halus
5) Gangguan kumpulan kongsi gelap
6) Kebakaran
7) Pengganas/lanun
8) Rusuhan di luar kawasan sekolah
9) Ugutan daripada pihak luar
10) Mangsa buli
11) Mangsa seksual
12) Tidak dapat dikesan/hilang
BENCANA ALAM
13) jerebu14) kemalangan
15) banjir
16) gempa bumi
17) hujan lebat/ribut taufan
18) pencemaran udara
19) kemarau
20) cuaca panas El Nino
21) pencemaran sisa kimia
22) pencemaran alam
23) tanah runtuh
DIGANTUNG SEKOLAH
24) Digantung sekolahMASALAH KELUARGA
25) Bekerja26) Berpindah randah
27) Perebutan hak penjagaan anak
28) Mengikut keluarga bercuti/berkursus
29) Menjaga/menguruskan ahli keluarga
30) Menjaga ahli keluarga yang sakit
31) Kematian ahli keluarga terdekat
32) Kemiskinan/kesempitan hidup
33) Masalah pengangkutan
34) Menziarahi keluarga sakit
35) Balik kampung
36) Berpindah ke luar negara
37) Krisis keluarga
38) Lari dari rumah
MASALAH PERIBADI
39) Tekanan perasaan/trauma40) Kesakitan akibat haid/permulaan haid
PDPR
41) Pembelajaran di rumahPENGGILIRAN PEPERIKSAAN
42) Urusan peperiksaanKEBENARAN PENGETUA/GURU BESAR
43) Haji/umrah/kegiatan agama
44) Peperiksaaan/ujian selain KPM
45) Pertandingan/aktiviti selain KPM
46) Proses perpindahan sekolah
47) Terlibat kes jenayah
48) Terlibat kes trafik
49) Urusan rasmi agensi kerajaan
50) Latihan/ujian lesen memandu
51) Tahanan pihak berkuasa
52) Terlibat prosiding mahkamah
53) Perlindungan jabatan kebajikan masyarakat
54) Cuti semester
55) Menjalani latihan industri
PONTENG
56) Bangun lewat57) Malas ke sekolah
58) Ketagihan gajet
59) Tidak menyiapkan kerja sekolah
60) Malas ke aktiviti kokurikulum
MASALAH KESIHATAN
61) Makluman ibu bapa penjaga62) Kecederaan/patah tulang
63) Surat cuti sakit hospital/klinik
64) Imunisasi rendah
65) Demam
66) Tantrum (MBK)
67) Temujanji hospital/klinik
68) Menjalani terapi/rawatan/kuarantin
69) Tidak melepasi saringan kesihatan (MBK)
70) Mendapatkan rawatan tradisional
71) Kemurungan
72) Batuk kokol
73) Beguk
74) Cacar air
75) Chikungunya
76) Covid 19 bergejala
77) Covid 19 dengan kebenaran ibu bapa
78) Covid 19 kuarantin
79) Covid 19 penggiliran
80) Denggi
81) Swine Flue (H1N1)
82) Hepatitis
83) Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD)
84) Influenza
85) Japanese Encephalitis
86) Leptospirosis (penyakit kencing tikus)
87) Kudis buta
88) Malaria
89) Mers COV
90) Sars
91) Taun
92) Tibi
93) Sakit Mistik
94) Sakit mental
95) tekanan emosi


No comments:
Post a Comment