Kerangka Kurikulum Persekolahan 2027 (KP2027)



Jerayawara (Siri jelajah, roadshow) Kurikulum Persekolahan 2027 (KP2027) telah dilaksanakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) KPM secara berperingkat seawal bulan Mac 2024 yang lalu di seluruh negara. Siri jelajah telah diadakan mengikut negeri bertempat di pusat membeli belah utama seperti AEON Mall. Pelancaran Kurikulum Persekolahan 2027 pula telah dilaksanakan pada 6 Disember 2023 oleh Menteri Pendidikan YB Fadlina Sidek.

Walau bagaimanapun, catatan berikut adalah berdasarkan taklimat melalui Program Bicara Profesional MADANI Edisi 1 Tahun 2025 yang disiar secara langsung (streamed live) di channel Youtube Institut Aminuddin Baki KPM pada 23 Januari 2025 yang lalu. Taklimat disampaian oleh YBrs. Puan Hajah Nooraini binti Kamaruddin, Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum (PBPK), KPM.

PERINGKAT DAN TAHAP PERSEKOLAHAN SERTA FOKUS KP2027


Kurikulum Persekolahan 2027 dibahagikan kepada tiga:

  1. Kurikulum Persekolahan Prasekolah
  2. Kurikulum Persekolahan Sekolah Rendah
  3. Kurikulum Persekolahan Sekolah Menengah

Pendidikan sekolah rendah akan dibahagikan kepada 3 tahap dan pendidikan sekolah menengah kepada dua tahap. Semua tahap persekolahan memberikan fokus kepada pembentukan karakter (PK).

  • Prasekolah
  • Sekolah Rendah
    • Tahap 1 (Tahun 1-2)
    • Tahap 2 (Tahun 3-4)
    • Tahap 3 (Tahun 5-6)
  • Sekolah menengah
    • Menengah rendah (Tingkatan 1-3)
    • Menengah atas (Tingkatan 4-5)

Prasekolah

  • KP2027 akan bermula pada murid Tahun 1 dan Tingkatan 1 pada tahun 2027, tetapi akan mula lebih awal bagi murid prasekolah. 
  • Kohort prasekolah ini akan bermula tahun hadapan (2026) yang akan menjadi murid Tahun 1 pada tahun 2027.
  • Kursus Orientasi Kurikulum Prasekolah akan bermula mulai bulan Jun tahun ini.
  • Fokus kepada kemahiran berkomunikasi, bersosialisasi dan pembentukan karakter.

Tahap 1 (Tahun 1 & 2)

  • Fokus kepada penguasaan literasi dan numerasi dan pembentukan karakter.
  • Akan ada semakan kemajuan bagi mengenal pasti tahap literasi & numerasi.
  • Mata pelajaran akan berkurang. Contohnya, Sains tidak akan diajar pada murid Tahun 1.
  • Beberapa mata pelajaran akan melibatkan 2 orang guru mengajar secara kolaboratif, terutama bagi murid Tahap 1.

Tahap 2 (Tahun 3 & 4)

  • Fokus kepada aplikasi kemahiran, pengetahuan, nilai, dan pembentukan karakter.

Tahap 3 (Tahun 5 & 6)

  • Disiplin mata pelajaran. 
  • Fokus kepada kemahiran menganalisis dan menghasilkan inovasi, dan pembentukan karakter.


Menengah Rendah

  • Mengikuti laluan bidang yang ingin diceburi ke peringkat pengajian tinggi dan pembentukan karakter.

Menengah Atas

  • Meneroka pelbagai bidang ilmu dan didorong mengenali minat dan potensi diri dan pembentukan karakter.


PENTAKSIRAN

  • Kurikulum Persekolahan 2027 akan memperkasa Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
  • Tahap 1 (TP1, 2 & 3 - Tahu, faham, dan boleh buat).
  • Tahap 2 (Tahu, faham, boleh buat, dan amal).


MATA PELAJARAN BAHARU KP2027 

  • Tahap 1 (Tahun 1 & 2)
    • BM, BI, MT, PJ, PI/PM
    • Pembelajaran Bersepadu (Elemen SN, MZ, Seni, Digital, dan TVET, 6 waktu seminggu - PBL)
    • Akan ada modul untuk guru
  • Bahasa Isyarat Malaysia (pilihan) untuk sekolah PPKI pendengaran.
  • Teknologi dan Digital
  • Bahasa Arab Komunikasi ditawarkan kepada sekolah menengah sebagai pilihan.

PROGRAM BAHARU KP2027 

  • Pembentukan Karakter (PK) daripada peringkat prasekolah hingga menengah atas.
  • PK bukan mata pelajaran tetapi berbentuk program.
  • 60 minit seminggu dan dimasukkan dalam jadual waktu.
  • Berbentuk amalan, bukan perbincangan
  • Melibatkan semua guru dan diselaraskan oleh guru Bimbingan dan Kaunseling (B&K) sepenuh masa.

KURIKULUM SEDIA ADA

  • Murid Tingkatan 2 dan Tahun 2 akan mengikuti kurikulum sedia ada sehingga tahun 2031.
  • Dokumen Penjajaran Kurikulum 3.0 (BM, BI, MT & SN) yang sifatnya lebih mudah difahami akan menjadi pilihan utama berbanding DSKP.

[DOWNLOAD] Muat Turun





















Sumber:

No comments:

Post a Comment