Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengedarkan garis panduan pemakaian baju korporat melalui surat siaran bertarikh 14 Ogos 2023 untuk menyeragamkan pemakaian baju korporat bagi semua guru dan pegawai yang berkhidmat di KPM. Pemakaian baju korporat telah dipanjangkan kepada guru selaras dengan pengumuman oleh YB Menteri Pendidikan pada 16 Mei 2023 sempena Sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan.
TATACARA PEMAKAIAN BAJU KORPORAT
Bagi pegawai lelaki, baju korporat hendaklah dipakai bersama-sama seluar panjang slack/khakis dengan keutamaan kepada warna gelap.
Bagi pegawai wanita, baju korporat hendaklah dipakai bersama skirt labuh berbentuk “A" (A-line skirt) paras tumit atau seluar panjang polos berwarna hitam dan tudung berwarna hitam/dark blue/royal blue.
Pegawai yang dibekalkan dengan pakaian seragam/uniform hendaklah memakainya ketika bertugas pada setiap masa melainkan diarah dari semasa ke semasa oleh Ketua Jabatan.
Pembekalan baju korporat tidak boleh menggunakan peruntukan
Jabatan/Bahagian dan hendaklah dibiayai sendiri oleh pegawai. Perkara
ini adalah selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan 3.1: Garis
Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam.
REKA BENTUK BAJU KORPORAT LELAKI
![]() |
Warna: Putih (base), dark blue (piping) Logo Jata Negara - dada kanan Nama disulam - dada kiri |
No comments:
Post a Comment