Tajaan Sambung Belajar Untuk Guru KPM Ambilan Tahun 2024 Peringkat Ijazah Sarjana & Kedoktoran (Master, PhD, EdD)

Setiap Disember akhir tahun KPM akan membuka tawaran permohonan program penajaan pengajian pascasiswazah peringkat ijazah sarjana dan kedoktoran (Master, PhD, EdD) kepada guru atau Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP). Permohonan akan dibuka pada 21 Disember 2023 (Khamis) dan urusan temu duga kepada mana-mana calon yang berjaya melepasi saringan awal dijangka akan diadakan pada bulan Mac 2024.

Bagi pengambilan tahun 2024, hebahan permohonan telah dibuat di laman web KPM untuk tawaran program seperti berikut:

  • Hadiah Latihan Persekutuan (HLP)
  • Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB)
  • Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/ Sambilan (HLPS)



Jenis Program Penajaan KPM


1) HLP: Hadiah Latihan Persekutuan (CBBP DB)

  • Cuti belajar sepenuh masa (full time)
  • dikenali juga sebagai cuti belajar bergaji penuh dengan biasiswa
  • Cuti belajar bergaji penuh iaitu gaji sebagai guru dibayar seperti biasa kecuali elaun pemangkuan tertentu
  • Ada biasiswa untuk yuran pengajian, elaun sara hidup (duit poket tambahan sebagai student), elaun buku, elaun tesis, elaun alat perkakas dan beberapa lagi elaun


2) CBBP TB: Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa

  • Cuti belajar sepenuh masa (full time)
  • Cuti belajar bergaji penuh - gaji sebagai guru dibayar seperti biasa kecuali elaun pemangkuan tertentu
  • Tiada biasiswa


3) HLPS: Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan

  • Tiada cuti belajar iaitu bekerja seperti biasa
  • Ada biasiswa untuk yuran pengajian, elaun buku, elaun tesis


Maklumat Lanjut dan Cara Memohon


Permohonan dibuat secara online melalui laman web e-Penawaran mulai tarikh tawaran dibuka: https://epenawaran.moe.gov.my/









Persiapan Awal Sebelum Memohon


  • Sinopsis cadangan penyelidikan - tajuk kajian, permasalahan kajian, metodologi kajian
  • Bidang yang dipohon - mengikut opsyen guru yang bersesuaian
  • Sumbangan kepada perkhidmatan 3 tahun terkini - peringkat daerah/ negeri/ kebangsaan/ antarabangsa
  • Penulisan/ Penerbitan 3 tahun terkini
  • artikel, artikel jurnal, prosiding, buku, kajian tindakan, kajian ilmiah
  • Sokongan PGB (Pengetua/Guru Besar)

Sumber:

1. KPM: HLP 2024 KPM
2. Laman web e-Penawaran: https://epenawaran.moe.gov.my/

No comments:

Post a Comment