Tebus Baucar Buku RM100 Pelajar IPT Fasa 2 Sehingga 31 Disember 2024

Menurut YB Menteri KPT, masih ramai pelajar IPT belum menebus baucar buku bagi fasa 2. Alhamdulillah saya telah selesai menebus 2 buah buku sebentar tadi dan baucar RM100 masih ada baki RM18. Baucar penebusan RM100 termasuklah kos pembungkusan dan penghantaran.

Walaupun saya sudah konvo pada 23 November yang lalu, saya masih layak terima baucar kerana status pelajar dikira pada 31 Mac 2024. Penebusan buku boleh dibuat di laman sesawang mySISWAPLACE selewat-lewatnya pada 31 Disember 2024. Selepas 31 Disember 2024, baucar akan luput secara automatik.


Siapa Yang Layak?

  • Warganegara Malaysia
  • Pelajar IPT dalam negara
  • Berstatus aktif sebagai pelajar IPT pada 31 Mac 2024, tidak layak jika sudah tamat belajar sebelum 31 Mac 2024
  • Pelajar IPT peringkat sijil, Asasi, Diploma, Diploma Lepasan Ijazah, Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah, kursus profesional yang bertaraf diploma dan ke atas
  • Pelajar IPT di bawah seliaan KPT - IPTA, Politeknik, Kolej Komuniti, IPTS
  • Pelajar separuh masa (part-time) atau sepenuh masa (full-time)



Langkah-langkah pendaftaran di mySISWAPLACE




Sumber:


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment