Antara inisiatif KPM dalam menangani isu keciciran pembelajaran dan kandungan sukatan yang tinggi dan padat:
- Penjajaran kurikulum melalui Dokumen Penjajaran KSSR (Semakan 2017) Edisi 3 bagi subjek Matematik, BM, BI dan Sains tahap 1
- Intervensi kemahiran 3M (Membaca, menulis, mengira) tahun 1
Dalam inisiatif penjajaran kurikulum, kandungan kurikulum sedia ada iaitu DSKP dikemas kini dan disusun semula dengan menggunakan istilah yang lebih mudah bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan kurikulum. Dokumen Penjajaran KSSR (Semakan 2017) Edisi 3 disediakan sebagai pilihan kepada guru sekolah rendah tahap 1 melibatkan mata pelajaran Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sains.
Guru diberi pilihan sama ada menggunakan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran KSSR (Semakan 2017) atau Dokumen Penjajaran KSSR (Semakan 2017) Edisi 3. Dokumen penjajaran ini boleh digunakan bersama-sama bahan Modul Bimbingan (MOBIM) atau bahan sokongan yang lain mengikut keupayaan murid.
Muat Turun (Download)
- Dokumen Penjajaran KSSR: http://bpk.moe.gov.my/
- Modul MOBIM: Modul MOBIM
- Soalan lazim intervensi kurikulum: Intervensi Kurikulum (FAQ)
No comments:
Post a Comment