Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
BBM (Bahan bantu mengajar) yang saya kongsikan ini merupakan modul PdP bagi kemahiran membaca dan menulis perkataan dua suku kata terbuka KV+KV. Modul ini terdiri daripada 12 siri yang saya gunakan sepenuhnya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas Pemulihan Khas.
Kemahiran membaca dan menulis diajar secara serentak dalam satu sesi PdP bagi memperkukuhkan dan mempercepatkan penguasaan kemahiran asas membaca dan menulis yang perlu dikuasai oleh setiap murid tahap 1 sebelum melangkah ke tahap 2.
Berikut dikongsikan Modul SEBATU KP5 Siri 1 yang telah dikemaskini pada Januari 2022 setelah melalui beberapa penambahbaikan.
Kemahiran Membaca Bahasa Melayu
Standard pembelajaran (SP): 2.1.1 Membaca dengan sebutan yang betul; (v) Perkataan (vi) Ayat
Kemahiran Menulis Bahasa Melayu
Standard kandungan (SK): 3.1 Asas menulis
Standard pembelajaran (SP): 3.1.1 Menulis secara mekanis; (v) Perkataan (vi) Ayat
Kemahiran Pemulihan Bahasa Melayu
Kemahiran Pemulihan: KP5 (Perkataan KV+KV)
Sasaran Murid: Untuk menggunakan modul SeBaTu KP5 ini secara efektif, murid telah menguasai sebahagian kemahiran huruf vokal, mengenal huruf-huruf kecil dan telah menguasai sebahagian kemahiran membunyikan suku kata KV seperti ba, bu, bi, bo.
Kaedah / Teknik Pengajaran
Kaedah yang digunakan adalah kaedah Sebut, Baca dan Tulis (SeBaTu) mengikut langkah-langkah seperti berikut:
1. Murid mendengar bacaan guru - Baca 1 (a) dan Baca 1 (b)
2. Murid membaca dengan bimbingan guru - guru sebut, murid ikut bacaan guru.
3. Murid berlatih membaca secara kendiri (latih tubi dan pengulangan bacaan).
4. Murid membaca di hadapan guru - guru semak bacaan murid.
5. Murid melengkapkan latihan - Latihan 1 dan 3
6. Murid menulis perkataan yang disebut guru (imlak) - Latihan 2 dan 4
Muat turun Bahan PDP
1. Format PNG - right click pada gambar dan save image as
2. Format PNG - Telegram group: https://t.me/CikguHaseni
3. Format PDF - sila tinggalkan email anda di ruangan komen.
Salam, cikgu. Mohon dipanjangkan fail pdf kepada saya. Terima kasih untuk ilmu ini.
ReplyDeletesilencso.amani@yahoo.com
Wasalam. Mohon semak email. Terima kasih.
DeleteSalam cikgu. mohon dipanjangkan fail ini dalam bentuk pdf kepada emel saya. aisyahhuda@gmail.com
ReplyDeletewslm, mohon semak email untuk modul, terima kasih.
Delete