Group Video Calls & Share Screen Melalui Voice Chats TELEGRAM Sama Seperti Google Meet & Zoom.

Salam semua.

Bermula semalam, 25 Jun 2021, aplikasi TELEGRAM melalui 'update' terbaru kepada version 2.8.1 telah menambah fungsi panggilan video secara berkumpulan (Group Video Calls) dan 'share screen' melalui fungsi Voice Chats kepada semua peranti seperti telefon bimbit, tablet dan komputer (smartphone, tablet, desktop).

Sebelum ini, melalui fungsi Voice Chats, pengguna hanya boleh berinteraksi secara LIVE secara audio sahaja tanpa fungsi kamera.

Fungsi terbaru Telegram ini menyerupai fungsi yang ada pada aplikasi web Google Meet dan Zoom yang sudah biasa digunakan guru semasa menjalankan PDPR.

Berita ini amat menggembirakan saya yang sememangnya pengguna tegar aplikasi TELEGRAM. Ia pasti akan memudahkan sesi PDPR secara ONLINE dengan memberikan guru lebih banyak pilihan selain Google Meet, Zoom, Microsoft Teams, Youtube LIVE dan sebagainya.

Sudah lama saya menantikan 'update' ini.

Panduan sebelum guna (Guru dan murid):

1. Telefon pintar, tablet - 'Update' Telegram di Google Playstore, Apple Store.
2. Desktop - 'update' Telegram di komputer.

Kelebihan Group Video Calls Telegram:

1. Lebih menjimatkan penggunaan data internet (mungkin).

2. 'pop-up' window/ separate window -paparan window yang baru akan dibuka. Boleh multitasking.

3. Noise suppression - suara lebih jelas dan kurangkan gangguan bunyi.

4. Multi device - telefon pintar, tablet, desktop

5. Screen sharing - boleh share screen dan buka paparan video serentak.

6. Pinned automatically (desktop view) - sharing screen akan dipin secara automatik.


Limitasi/ Kekurangan:

1. Hanya untuk 30 orang pengguna dalam satu masa.

2. Rakaman (Recording) hanya dalam bentuk audio sahaja.

3. Hanya group admin yang ada fungsi Voice Chats.








Panduan/ Tutorial Ringkas Cara Mengunakan Group Video Calls di Aplikasi TELEGRAM

[Desktop - PC, komputer riba]








Panduan/ Tutorial Ringkas Cara Mengunakan Group Video Calls di Aplikasi TELEGRAM 

[Telefon pintar, tablet]

- 2 langkah awal yang berbeza berbanding desktop. Langkah seterusnya adalah sama seperti panduan di atas.






















No comments:

Post a Comment