9 Orang Dijangkiti COVID19 Selepas Makan Di Sebuah Restoran Di Guangzhou, China

Hari ini 4 Mei 2020 bermula fasa PKP Bersyarat (PKPB) susulan kejayaan Malaysia melandaikan lengkuk jangkitan COVID19. Antara kelonggaran yang diberikan kerajaan adalah pembukaan semula semua sektor ekonomi di mana rakyat dibenarkan makan di restoran, kedai, warung dan seumpamanya. Secara peribadi saya agak berbelah bahagi, tidak yakin dan 'takut' walaupun terdetik di hati ingin bebas keluar selepas 46 hari 'berkurung' di rumah.

Kegusaran saya dan mungkin ramai lagi netizen adalah berasas. Buktinya, terdapat satu kajian di negara China [BACA DI SINI] menunjukkan 9 orang mendapat jangkitan COVID19 selepas makan tengah hari di sebuah restoran di Guangzhou, China.

Artikel kajian di EID Journal oleh 10 Penyelidik CDC & Prevention, Guangzhou, China

Jangkitan tersebut bermula daripada seorang pelanggan (A1), tidak bergejala yang makan bersama dengan 4 lagi ahli keluarga di meja A (famili A2-A5) kemudian merebak kepada 3 orang pelanggan di meja B (famili B1-B3) dan seterusnya 2 lagi pelangan yang lain di meja C (famili C1-C2).

Diagram tempat duduk 10 orang pelanggan iaitu A1-A5, B1-B3 dan C1-C2
sejajar di bawah penyaman udara restoran
Virus dikatakan tersebar melalui titisan air / droplet pelanggan A1 yang ditiup melalui ventilator penyaman udara. Restoran tersebut merupakan restoran 5 tingkat dan tidak mempunyai tingkap. Jarak antara meja makan adalah kira-kira 1 meter. Pada ketika itu terdapat seramai 83 pelanggan makan tengah hari di situ di tingkat 3 restoran.



Kajian tersebut jelas menunjukkan bahawa jangkitan COVID19 yang menjangkiti 9 orang pelanggan itu disebabkan oleh penyebaran titisan air/droplet pelanggan A1 yang ditiupkan dan dialirkan melalui udara mengikut arah aliran ventilasi penyaman udara.

Walau apa pun, semoga rakyat Malaysia sentiasa dilindungi oleh Yang Maha Kuasa dan kita semua akan bebas daripada ancaman COVID19. Bersamalah #kitajagakita.

Sumber & bacaan lanjut:
1. https://wwwnc.cdc.gov/eid/article/26/7/20-0764_article
2. https://www.businessinsider.my/how-restaurant-air-conditioning-gave-nine-people-covid-china-2020-4#.Xq185xnO1Yp.twitter
Terima Kasih

No comments:

Post a Comment