Salam semua.
Buku bacaan berperingkat yang diterbitkan oleh Unit Pemulihan Khas pada tahun 2014 ini terdiri daripada dua siri iaitu siri 1 dan siri 2. Setiap siri mempunyai 10 buah buku bacaan yang berlainan tajuk dan diolah secara berperingkat bersesuaian dengan tahap murid pemulihan khas.
Buku ini dimulakan dengan gambar dan perkataan berasaskan pengalaman murid. Perkataan-perkataan baharu yang diperkenalkan berasaskan konsep bunyi-bunyi suku kata. Setiap perkataan diwarnakan berdasarkan bunyi suku kata untuk memudahkan bacaan selain dapat menarik minat murid.
Siri 1
- Mengandungi 10 siri buku yang berlainan tajuk.
- Memuatkan kemahiran 5 – 15.
- Suku kata berwarna.
- Kepelbagaian kandungan adalah sebagai motivasi dan keyakinan diri murid untuk membaca sendiri.
Siri 2
- Mengandungi 10 siri buku yang berlainan tajuk.
- Bermula kemahiran 16 - 32.
- Suku kata tidak berwarna.
Buku Bacaan Siri 1: Buku 1 - Sara dan Sani |
Buku Bacaan Siri 2: Buku 10 - Kerja Amal |
Untuk muat turun Buku Bacaan Siri 1 dan Buku Bacaan Siri 2, boleh ke pautan berikut:
No comments:
Post a Comment