Sambutan Hari Peringatan Sedunia 2017 | World Thinking Day 2017 | Bertemakan GROW

Pada 22 Februari setiap tahun, Pandu Puteri dan Pengakap Wanita (Girl Guides & Girl Scouts) akan menyambut Hari Peringatan Sedunia atau World Thinking Day secara bersama di seluruh dunia



Tarikh 22 Februari dipilih sebagai tarikh World Thinking Day kerana ia adalah tarikh kelahiran Sir Robert Louis Stevenson Baden-Powell, pengasas kepada kedua-dua pergerakan Pengakap dan Pandu Puteri dan isterinya Lady Olave Baden-Powell, Ketua Pandu Puteri Dunia atau World Chief Guides.

Antara tujuan World Thinking Day (WTD) atau Hari Peringatan Sedunia disambut adalah untuk saling mengingati, menghargai antara satu sama lain, meraikan perpaduan, menyuarakan isu-isu yang membabitkan kanak-kanak perempuan dan wanita muda selain untuk meningkatkan serta mengukuhkan perasaan muhibah dan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli persatuan dan mempersembahkan perkembangan dan kegiatan-kegiatan yang telah dijalankan oleh Pandu Puteri.

Tema Hari Peringatan Sedunia 2017 adalah 'Grow' .... 
#LetsGrow together!





Secara kebiasaannya, pada sambutan WTD, setiap ahli akan menyediakan wang saku untuk disumbangkan kepada Tabung Hari Peringatan Sedunia (World Thinking Day Fund). Semua kutipan akan diserahkan kepada WAGGGS (World Association of Girl Guides and Girl Scouts) yang berpengkalan di London, UK.



Sumber:

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment