Kursus Pedagogi Guru-Guru Pemulihan Khas Bil. 1/2015

Pada 28 Januari 2015 yang lepas saya telah menghadiri Kursus Pedagogi Guru-Guru Pemulihan Khas yang dianjurkan oleh PPD Petaling Utama. Kursus ini adalah siri 1 yang mungkin akan ada lagi siri-siri yang seterusnya. InsyaAllah.

Kursus bermula seawal jam 8.30 pagi sehingga 4.00 petang di PPD. Saya menyertai kursus bagi kumpulan yang pertama iaitu pada hari pertama, 28.1.2015.

Slot 1 - Pengenalan Kepada Pemulihan Khas
Guru-guru boleh merujuk kepada garis panduan pelaksanaan program pemulihan khas edisi 2012

Slot 2 - Pengenalan Kepada Pendidikan Khas
Penceramah adalah bekas guru Pendidikan Khas. Beliau lebih banyak berkongsi pengalaman beliau berkaitan dengan bidang pendidikan khas.

Slot 3 - Bengkel Pedagogi
Slot ini menekankan tentang peringkat TULISAN, kepentingan pratulisan dan tulisan mekanis.
Aktiviti dalam kumpulan dan pembentangan hasil kumpulan.


Aktiviti pratulisan - membina garisan
Aktiviti pratulisan - membina garisan


Tulisan mekanis - cara menulis huruf kecil yang betul


Tulisan mekanis - cara menulis huruf besar yang betul
3 peringkat TULISAN
Kaedah pengajaran tulisan mekanis
Cara memegang pensel yang betul



Aktiviti dalam kumpulan - tulisan mekanis






Terima Kasih

3 comments:

  1. Cikgu Hijau, saya ingin visit sekolah cikgu, bolehkah? Saya seorang pelajar PhD yang tengah mengkaji keberkesanan PPK. Tolong pm saya atau how to contact cikgu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh email saya ke cikguhijau@gmail.com atau anis221@gmail.com atau anis221@yahoo.com

      Terima kasih.

      Delete