Petua Buat Para Guru
Ingatan untuk diri saya:
"Kalau guru mengajar sambil duduk
Murid belajar sambil mengantuk
Kalau guru mengajar sambil berlakon
Murid belajar dengan tekun
Kalau guru mengajar tanpa alat
Murid belajar dengan ralat
Kalau guru mengajar banyak bercakap
Ada murid bertambah gagap
Kalau guru menjadi pemudah cara
Ramai murid pandai berbicara
Kalau guru mengajar tanpa menilai
Takkan tahu murid bodoh dan pandai
Kalau guru berbudi bahasa
Dikenang murid sepanjang masa.."
"Guru jangan sekali-kali menganggap dirinya
orang yang paling berjasa kepada pelajar,
sekalipun pelajar berterima kasih
kepadanya.
Sebaliknya dia hendaklah menganggap
pelajarnya berjasa
kepadanya kerana
dengan adanya mereka, ia dapat mendekati Allah
dengan
menanamkan ilmu kepada mereka..."
kredit
http://myhemsmti.blogspot.com
Terima Kasih
No comments:
Post a Comment