Showing posts with label Kemahiran Membaca. Show all posts
Showing posts with label Kemahiran Membaca. Show all posts

[KP5 - Vokal A - Bahagian 1] Modul PDP / PDPR Interaktif Praktis Cepat Membaca [PraCeM] Menggunakan LIVEWORKSHEETS

Assalamualaikum/Salam sejahtera.

Bahan PDP/PDPR ini saya pernah kongsikan sebelum ini di [Praktis Cepat Membaca]. Kali ini saya telah membuat sedikit penambahbaikan kepada bahan ini dengan menyediakan bahan ini secara sepenuhnya menggunakan web tool Liveworksheets.com bagi memudahkan guru dan ibu bapa serta murid-murid dan anak-anak.

Murid-murid dan anak-anak hanya perlu klik pada pautan bahan PDP/PDPR ini dan mengikuti satu sesi pembelajaran secara dalam talian dan tidak perlu lagi akses kepada paparan windows yang berbeza.




📌 Bahan ini sesuai untuk:


  • kanak-kanak 5-6 tahun
  • murid prasekolah
  • murid PPKI (Program Pendidikan Khas Intergrasi)
  • murid Program Pemulihan Khas
  • murid yang belum menguasai kemahiran asas membaca


📌 Bahan PDP/PDPR Praktis Cepat Membaca Vokal 'a' Bahagian 1




1. Video pengajaran & pembelajaran (PDP)

  • membunyikan huruf vokal
  • menyebut huruf kecil
  • membunyikan suku kata terbuka KV
  • membaca perkataan 2 suku kata terbuka KV+KV
  • membaca ayat dan petikan mudah KV+KV


2. Latihan secara ansur maju berpandukan video PDP

  • tulis huruf vokal
  • tulis suku kata
  • Suaikan gambar dengan perkataan
  • Pilih perkataan berdasarkan gambar
  • Tulis perkataan berdasarkan gambar









[KP28] Kemahiran Membaca Perkataan, Frasa & Ayat Melibatkan Perkataan 3 Suku Kata KV+KVKK+KVK | Video PDP & Latihan LIVEWORKSHEEETS

Salam semua,

Bahan pembelajaran kemahiran membaca perkataan 3 suku kata ini terdiri daripada:

1. Video Pengajaran & Pembelajaran

  • Pautan (Youtube): https://youtu.be/lt8zn2MUUSg
  • membaca 6 perkataan, contohnya seperti belangkas, gelongsor dan perangkap.
  • membaca 4 frasa, contohnya seperti telur belangkas, papan gelongsor dan perangkap tikus.
  • membaca 3 ayat sebagai aktiviti pengukuhan dan pengayaan.

 


2. Latihan Secara Dalam Talian (online) 

  • latihan - memadankan gambar dengan perkataan dan frasa yang betul.
  • latihan - memilih perkataan dan frasa yang betul berdasarkan gambar.





Mudahnya Membaca Ayat & Petikan Mudah | Perkataan 3 Suku Kata Terbuka KV+KV+KV | Video PDP & Modul Bacaan | Siri 1-5

Salam semua,

Siri Mudahnya Membaca merupakan bahan pembelajaran kemahiran membaca ayat dan petikan mudah melibatkan perkataan 3 suku kata terbuka KV+KV+KV yang terdiri daripada:


1. Video Pengajaran & Pembelajaran (Youtube)



Kandungan video bagi setiap siri:

  • membaca 6 perkataan
  • membaca 6 ayat
  • membaca 1 petikan mudah


2. Modul Bacaan & Latihan





















Terima kasih. 

[KP24] Kemahiran Membaca Perkataan & Ayat Melibatkan Perkataan 3 Suku Kata KV+KV+KVKK | Video PDP & Latihan LIVEWORKSHEETS

Salam semua rakan-rakan,

Bahan pembelajaran kemahiran membaca perkataan 3 suku kata ini terdiri daripada:

1. Video Pengajaran & Pembelajaran

  • Video PDP: https://youtu.be/UdJChK5HcHM
  • membaca 10 perkataan bergambar seperti pepatung, belalang, seladang, kerawang.
  • membaca 5 ayat sebagai aktiviti pengukuhan dan pengayaan.



2. Latihan Secara Dalam Talian




















[DOWNLOAD] Siri 4 | Itik Serati | KP10 | Modul Bacaan Bergred SeBaTu Perkataan V+KVK Bahasa Melayu Pemulihan Khas

Salam semua.

Seseorang murid atau kanak-kanak dianggap menguasai kemahiran membaca apabila mereka dapat membaca dengan lancar tanpa perlu mengeja dengan sebutan yang betul, suara yang jelas, mengikut intonasi yang sesuai berdasarkan tanda baca serta memahami bahan yang dibaca.

Di sini saya kongsikan bahan bacaan bagi set ke-4 modul bacaan bergred/berperingkat dalam Modul SeBaTu untuk kemahiran ke-10 perkataan dua suku kata V+KVK mata pelajaran Bahasa Melayu Pemulihan Khas.

Bahan bacaan ini boleh digunakan sebagai latihan pengukuhan dan pengayaan setelah murid menguasai kemahiran membaca perkataan V+KVK. 

Bahan bacaan ini juga sesuai digunakan kepada murid prasekolah, murid tahap 1 (tahun 1, 2, 3) dan murid PPKI atau sesiapa sahaja yang memerlukan sebagai bahan bacaan sokongan pembelajaran anak-anak di rumah.


Modul SeBaTu (Sebut, baca, tulis):

1. Bahan bacaan digredkan/diperingkatkan kepada 2 bahagian: 

    - Baca 4(a) - 4 ayat 

    - Baca 4(b) - 4 ayat - penambahan kosa kata

2. Latihan bertulis sebagai pengukuhan kepada bacaan.

3. Video bacaan dengan bimbingan guru: Sedang dikemaskini


Langkah-langkah pengajaran:

1. Guru membaca secara kuat di hadapan murid dan murid mendengar bacaan guru.

2. Murid membaca bersama guru dan rakan-rakan (Membaca secara mekanis).

3. Murid membaca secara individu (Membaca secara mentalis/senyap).

4. Murid melengkapkan latihan.

5. Murid membaca secara individu di hadapan guru.


DOWNLOAD Bahan / Modul

1. Klik pada imej/gambar, kemudian 'right click' pada tetikus dan pilih 'save image as'. 

2. Tinggalkan email anda di ruangan komen sekiranya memerlukan bahan dalam bentuk PDF.


Modul SEBATU VKVK Siri 4 [Itik Serati]_1
Modul SEBATU VKVK Siri 4 [Itik Serati]_1

Modul SEBATU VKVK Siri 4 [Itik Serati]_2
Modul SEBATU VKVK Siri 4 [Itik Serati]_2

Modul SEBATU VKVK Siri 4 [Itik Serati]_3
Modul SEBATU VKVK Siri 4 [Itik Serati]_3

Modul SEBATU VKVK Siri 4 [Itik Serati]_4
Modul SEBATU VKVK Siri 4 [Itik Serati]_4


[DOWNLOAD] Siri 2 | Asam Jawa | KP10 | Modul Bacaan Bergred SeBaTu Perkataan V+KVK Bahasa Melayu Pemulihan Khas

Salam semua,

Di sini saya kongsikan set ke-2 modul bacaan bergred/ berperingkat SeBaTu bagi kemahiran ke-10 perkataan V+KVK Bahasa Melayu Pemulihan Khas.

Modul ini boleh digunakan sebagai latihan pengukuhan dan pengayaan kemahiran membaca setelah murid menguasai kemahiran membaca perkataan V+KVK. 

Bahan ini juga sesuai untuk murid prasekolah, murid tahun 1-2, murid PPKI dan juga boleh juga dijadikan bahan bacaan sokongan pembelajaran anak-anak di rumah.

Modul SeBaTu (Sebut, baca, tulis):

1. Bahan bacaan bergred/ berperingkat: 

    - Baca 2(a) - 4 ayat

    - Baca 2(b) - 5 ayat

2. Latihan bertulis sebagai pengukuhan bacaan.

3. Video bacaan dengan bimbingan guru: https://youtu.be/eqnyYyDMXHE



Langkah-langkah pengajaran

1. Guru membaca secara kuat di hadapan murid dan murid mendengar bacaan guru.

2. Murid membaca bersama guru dan rakan-rakan (Membaca secara mekanis).

3. Murid membaca secara individu (Membaca secara mentalis/senyap).

4. Murid melengkapkan latihan.

5. Murid membaca secara individu di hadapan guru.


DOWNLOAD Bahan / Modul

1. Klik pada imej/gambar, kemudian 'right click' pada tetikus dan pilih 'save image as'. 

2. Tinggalkan email anda di ruangan komen sekiranya memerlukan bahan dalam bentuk PDF.

Modul SEBATU VKVK [Asam jawa]_1
Modul SEBATU VKVK [Asam jawa]_1

Modul SEBATU VKVK [Asam jawa]_2
Modul SEBATU VKVK [Asam jawa]_2

Modul SEBATU VKVK [Asam jawa]_3
Modul SEBATU VKVK [Asam jawa]_3

Modul SEBATU VKVK [Asam jawa]_4
Modul SEBATU VKVK [Asam jawa]_4


Tuisyen Percuma Cepat Membaca Bahasa Melayu Bersama Cikgu Haseni | Akademi Youtuber | AYU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera para pembaca.

Adakah anda sebagai ibu bapa mempunyai anak kecil yang ingin belajar membaca atau sedang belajar membaca?

Adakah anda sebagai guru mempunyai murid yang sedang belajar membaca atau masih belum lancar membaca?

Di sini saya jemput anda semua menyertai kelas tuisyen dalam talian (online) secara PERCUMA khusus untuk kemahiran ASAS MEMBACA DAN MEMAHAMI. Tuisyen ini dikendalikan oleh Akademi Youtuber Guru Malaysia (AYU).

Hari: Ahad (tertakluk kepada perubahan)
Masa: 3.30 petang (tertakluk kepada perubahan)
Tempoh: 1 jam
Nama Guru: Cikgu Haseni, guru Pemulihan Khas
Tempat: Di rumah masing-masing (Dalam talian/online)
Saluran Youtube: https://www.youtube.com/c/CikguHaseni
Kaedah pengajaran: Kaedah kawalan vokal berstruktur


Senarai Kelas Tuisyen

Tuisyen Siri 1 - https://youtu.be/8LmWp3VoJC4 (vokal 'a')
Tuisyen Siri 2 - https://youtu.be/tssiJOJvwz0 (vokal 'u'/gabungan vokal 'a + u')
Tuisyen Siri 3 - https://youtu.be/BM0kztCV6QE (Pengukuhan / Ulangkaji)
Tuisyen Siri 4 - https://youtu.be/BxJuQbG2P4o (Vokal 'o')
Tuisyen Siri 5 - https://youtu.be/Ycrc7bgnfmY (Akan datang 9 Feb 2021, Selasa, 8.00 malam)








[DOWNLOAD] Set Modul Bacaan Bergred/ Berperingkat Modul SeBaTu Kemahiran Bacaan & Pemahaman [Bahasa Melayu Tahun 1/ Bahasa Melayu Pemulihan Khas]

Salam semua,

Berikut adalah senarai bahan pembelajaran / lembaran kerja yang boleh dimuat turun mengikut siri-siri video pembelajaran yang terdapat di Channel Youtube Cikgu Haseni.

LINK CHANNEL: https://youtube.com/c/CikguHaseni



Lembaran kerja Siri Dapur Ibu mengandungi 10 set/ siri bacaan dan pemahaman.


SIRI DAPUR IBU:
[Kemahiran 32 - Bacaan & pemahaman]



1. Siri 1 - Bawang Merah:


2. Siri 2 - Bawang Putih: 


3. Siri 3 - Bawang Besar: 


4. Siri 4 - Kacang Tanah: 


5. Siri 5 - Kacang Panjang: 


6. Siri 6 - Kacang Hijau: 


7. Siri 7 - Kacang Soya: 


8. Siri 8 - Kacang Buncis: 


9. Siri 9 - Pisang Emas: 


10. Siri 10 - Pisang Tanduk: 




*Bahan akan ditambah dari semasa ke semasa berdasarkan video PdP di saluran YouTube Cikgu Haseni, jangan lupa untuk TONTON, LIKE, SHARE & SUBSCRIBE sebagai tanda SOKONGAN. 


PERHATIAN!

Bahan yang dikongsikan ini boleh digunakan oleh guru atau ibu bapa sebagai bahan sokongan pembelajaran anak atau murid masing-masing. 

Harapan saya agar bahan ini dimanfaatkan secara berhemah dan beradab tanpa melibatkan sebarang unsur mendapatkan keuntungan dan pelanggaran hakcipta.


Koleksi Kuiz Online Bahasa Melayu Menggunakan Aplikasi Wordwall Sesuai Untuk Murid Prasekolah, Tahun 1 & Pemulihan Khas

Hai dan salam semua.

Saya kongsikan himpunan dan koleksi soalan kuiz online yang menggunakan aplikasi Wordwall yang dihasilkan oleh guru-guru Pemulihan Khas di seluruh Malaysia.

Perkongsian bahan kuiz Wordwall ini disediakan oleh:
1. Cikgu Siti Zubaidah Musa, guru Pemulihan Khas dari SK Bandar Maharani, Muar.
2. Cikgu Nor Aziah Abu Bakar, guru Pemulihan Khas dari SK Seri Selamat.


Bahan untuk Murid
Sila klik pada pautan untuk akses kepada kuiz tersebut. Akses boleh dibuat melalui telefon mudah alih atau komputer peribadi.

1. Lengkapkan Ayat Mudah KVKV: https://wordwall.net/play/2873/606/383

2. Lengkapkan Ayat Mudah KVKVK: https://wordwall.net/play/2873/982/597

3. Lengkapkan Ayat Mudah KVKKV: https://wordwall.net/play/2875/899/201

4. Lengkapkan Ayat Mudah KVKVKV: https://wordwall.net/play/2876/542/741

5. Lengkapkan Ayat Mudah KVKKVK: https://wordwall.net/play/2877/740/780

6. Lengkapkan Ayat Mudah KVKVKK: https://wordwall.net/play/2878/090/42

7. Susun Ayat Mudah KVKV: https://wordwall.net/play/2826/274/250

8. Susun Ayat Mudah KVKVK: https://wordwall.net/play/2826/354/253

9. Susun Ayat Mudah KVKKV: https://wordwall.net/play/2826/675/789

10. Susun Ayat Mudah KVKKVK: https://wordwall.net/play/2826/793/232

11. Susun Ayat Mudah KVKVKK: https://wordwall.net/play/2826/876/110

12. Susun Ayat Mudah KVKVKV: https://wordwall.net/play/2827/020/789


Kuiz Online mengikut Kemahiran

1. KVK - Teka silang kata / cari perkataan: https://wordwall.net/play/1870/811/322

2. KVK - Teka silang kata / cari perkataan: https://wordwall.net/play/1870/852/305

3. KVK - Padankan gambar dengan ayat yang betul: https://wordwall.net/play/1827/347/804

4. KVK - Padankan gambar dengan perkataan: https://wordwall.net/play/1827/035/696

5. KV+KVK - Pilih ejaan yang betul: https://wordwall.net/play/2905/235/835

6. KV+KVK - Pilih ejaan yang betul: https://wordwall.net/play/1822/494/959

7. KV+KVK - Susun huruf menjadi perkataan: https://wordwall.net/play/1823/336/405

8. KV+KVK - Pilih ejaan yang betul: https://wordwall.net/play/1828/732/860

9. KV+KVK - Cari perkataan yang tersembunyi: https://wordwall.net/play/1822/958/669

10. KV+KVK - Pilih ejaan yang betul: https://wordwall.net/play/1829/039/492

11. KVK+KV - Pilih jawapan yang betul: https://wordwall.net/play/2905/345/242

12. KVKK - Pilih jawapan yang betul: https://wordwall.net/play/2905/428/492

13. KV+KVKK - Pilih jawapan yang betul: https://wordwall.net/play/1870/472/120

14. KV+KVKK - Susun perkataan membentuk ayat: https://wordwall.net/play/1792/793/700

15. KVK+KVKK - Pilih jawapan yang betul: https://wordwall.net/play/2904/997/947


Bahan untuk Guru
- guru boleh edit dan digunakan semula sebagai template.

1. Lengkapkan Ayat Mudah KV+KV: https://wordwall.net/ms/resource/2873606

2. Lengkapkan Ayat Mudah KV+KV+KV: https://wordwall.net/ms/resource/2876542

3. Lengkapkan Ayat Mudah KV+KVK: https://wordwall.net/ms/resource/2873982

4. Lengkapkan Ayat Mudah KVK+KV: https://wordwall.net/ms/resource/2875899

5. Lengkapkan Ayat Mudah KVK+KVK: https://wordwall.net/ms/resource/2877740

6. Lengkapkan Ayat Mudah KV+KVKK: https://wordwall.net/ms/resource/2878090

7. Susun Ayat Mudah KV+KV: https://wordwall.net/ms/resource/2826274

8. Susun Ayat Mudah KV+KV+KV: https://wordwall.net/ms/resource/2827020

9. Susun Ayat Mudah KV+KVK: https://wordwall.net/ms/resource/2826354

10. Susun Ayat Mudah KVK+KV: https://wordwall.net/ms/resource/2826675

11. Susun Ayat Mudah KVK+KVK: https://wordwall.net/ms/resource/2826793

12. Susun Ayat Mudah KV+KVKK: https://wordwall.net/ms/resource/2826876


Buku Bacaan Berperingkat Terbitan Unit Pemulihan Khas, Bahagian Pendidikan Khas KPM 2014

Salam semua.

Buku bacaan berperingkat yang diterbitkan oleh Unit Pemulihan Khas pada tahun 2014 ini terdiri daripada dua siri iaitu siri 1 dan siri 2. Setiap siri mempunyai 10 buah buku bacaan yang berlainan tajuk dan diolah secara berperingkat bersesuaian dengan tahap murid pemulihan khas. 

Buku ini dimulakan dengan gambar dan perkataan berasaskan pengalaman murid. Perkataan-perkataan baharu yang diperkenalkan berasaskan konsep bunyi-bunyi suku kata. Setiap perkataan diwarnakan berdasarkan bunyi suku kata untuk memudahkan bacaan selain dapat menarik minat murid.


Siri 1
- Mengandungi 10 siri buku yang berlainan tajuk.
- Memuatkan kemahiran 5 – 15.
- Suku kata berwarna.
- Kepelbagaian kandungan adalah sebagai motivasi dan keyakinan diri murid untuk membaca sendiri.


Siri 2
- Mengandungi 10 siri buku yang berlainan tajuk.
- Bermula kemahiran 16 - 32.
- Suku kata tidak berwarna.


Buku Bacaan Siri 1: Buku 1 - Sara dan Sani

Buku Bacaan Siri 2: Buku 10 - Kerja Amal


Untuk muat turun Buku Bacaan Siri 1 dan Buku Bacaan Siri 2, boleh ke pautan berikut:

Aktiviti MEMBACA LANTANG dapat meningkatkan motivasi kanak-kanak untuk menguasai kemahiran membaca

Sekiranya guru ingin menjadikan proses pengajaran membaca sebagai landasan menanamkan tabiat gemar membaca, guru perlulah membaca secara lantang kepada anak-anak murid setiap hari dengan sekurang-kurangnya satu tajuk bahan kesusasteraan. 

Aktiviti membaca lantang/ membaca kuat (read aloud) bukan satu pengajaran pemahaman bacaan tetapi lebih kepada aktiviti atau sesi tambahan untuk meningkatkan motivasi kanak-kanak terhadap pengajaran literasi.

Aktiviti membaca lantang

Apa itu bacaan lantang?
  • Bacaan daripada pihak guru kepada kanak-kanak yang belum boleh membaca
  • Kanak-kanak menjadi pendengar dan respon kepada bacaan guru
  • Sesuai dijalankan kepada kanak-kanak yang belum boleh membaca
  • Apa yang guru baca dengan kanak-kanak perlu dirancang terlebih dahulu
  • Teks yang dibaca itu tidak semestinya kanak-kanak tahu dan faham
  • Guru berinteraksi dengan kanak-kanak

Bilakah bacaan lantang boleh dilakukan?
  • Permulaan kelas atau di akhir pembelajaran sekolah selama 5-10 minit
  • Sementara menunggu aktiviti lain
  • Sebagai aktiviti tambahan /aktiviti sampingan 

Apakah kepentingan membaca lantang?
  1. Memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak
  2. Meningkatkan asas kosa kata/perbendaharaan kata
  3. Meningkatkan daya ingatan dan kemahiran membaca
  4. Mendapatkan maklumat mengenai dunia sekeliling mereka
  5. Meningkatkan motivasi kanak-kanak terhadap pengajaran literasi

Bagaimana pelaksanaannya?

SEBELUM
  • Cari buku yang sesuai dengan kefahaman kanak-kanak
  • Pastikan guru faham jalan cerita yang hendak dibaca
SEMASA
  • Duduk, ambil sekumpulan kanak-kanak (jangan terlampau ramai)
  • Pegang buku ke hadapan

Buku dipegang ke hadapan kanak-kanak

  • Mulakan suara dengan kuat
  • Pastikan murid-murid diam
  • Baca dengan ekspresi muka dan bersungguh-sungguh
  • Tukar nada suara dengan setiap watak yang berbeza

SELEPAS
  • Sesi soal jawab seperti kefahaman jalan cerita - kenapa dan bagaimana jalan cerita tersebut terjadi
  • Ulang balik cerita atau ceritakan semula secara sekali imbas


Sumber rujukan
  1. http://kidsloveus.blogspot.com/2012/02/bacaan-lantang-untuk-kanak-kanak.html
  2. Pendidikan Literasi Awal Kanak-Kanak Teori dan Amali, Mahzan Arshad, Penerbit UPSI, 2012

Buku rujukan

Kaedah Mengatasi Masalah Tidak Lancar Membaca Murid-Murid Pemulihan Khas

Antara kaedah pengajaran yang boleh digunakan guru Pemulihan Khas bagi mengatasi masalah murid-murid Pemulihan Khas yang belum membaca dengan lancar:
  • Guru menunjukkan kad bergambar.
  • Semua murid menyebut nama benda yang dilihat.
  • Guru menunjukkan dan membaca kad-kad perkataan.
  • Murid akan mengikut sebutan dan bacaan guru.
  • Murid memadankan kad-kad perkataan dengan gambar.
  • Semua murid akan membaca kad-kad perkataan beberapa kali dengan bimbingan guru.
  • Kemudian, murid-murid akan membaca tanpa dibimbing.
  • Setelah mahir dalam bacaan, setiap murid akan mula menulis ayat pada buku.

Sumber rujukan: 


Kaedah Pengajaran Kemahiran Membaca Bahasa Melayu: Kaedah Kawalan Vokal Berstruktur


Kaedah Kawalan Vokal Berstruktur (KVB) adalah satu kaedah pengajaran kemahiran membaca Bahasa Melayu yang berasaskan kawalan vokal (ba, ca, da, ga, ha, ja, ka, la, ma, ..... za). 

Kaedah-kaedah lain seperti Kaedah Abjad, Kaedah Fonik, Kaedah Gabungan Bunyi Kata, Kaedah Eklektik adalah berasaskan kawalan konsonan ( ba, bi, bu, be, bo).

Kaedah KVB mendedahkan kesedaran makna dan fonik secara serentak dan berstruktur dan sistematik. Ia disesuaikan dengan perkembangan kognitif kanak-kanak. Kaedah fonik didapati lebih banyak membantu kanak-kanak dalam kemahiran bacaan awal berbanding kaedah bukan fonik. Kaedah pengajaran fonik yang bersistematik sangat baik untuk kanak-kanak prasekolah dan tadika.

Contoh pengajaran menggunakan kaedah KVB
  1. Guru memperkenalkan nama dan bunyi huruf [m], [a], [t], [s] dan [y] melalui perkataan (m,a,t,a,) dan (s,a,y,a).
  2. Murid membatangkan suku kata bermula dengan vokal /a/ (tanpa mengeja). Contoh: ma, ta, sa, ya 
  3. Murid membina perkataan. Contoh: mata, mama, saya 
  4. Murid membaca ayat mudah. Contoh: mata saya, mata mama, mata mama saya

Sumber rujukan: 

Kaedah Pengajaran Kemahiran Membaca Bahasa Melayu: Kaedah Gabungan


Gabungan Kaedah Fonik dengan Kaedah Pandang dan Sebut 

Kaedah yang dicadangkan ini menggabungkan ‘kaedah fonik’ dan ‘kaedah pandang dan sebut’ dalam satu pelajaran membaca pada peringkat awal. Kaedah pandang dan sebut juga dikenali sebagai Kaedah Seluruh Perkataan.

Kaedah gabungan yang dicadangkan ini berasaskan kepada perkara-perkara berikut:

a) Sistem ejaan bahasa Melayu adalah mengikut abjad dan fonemik – ertinya ada hubungan yang rapat di antara simbol/huruf dan bunyinya.
b) Suku kata perkataan Bahasa Melayu adalah jelas (jika dibandingkan dengan bahasa-bahasa lain – dengan bahasa Inggeris misalnya).
c) Ciri-ciri yang baik daripada ‘kaedah fonik’ dan ‘kaedah pandang dan sebut’ boleh digabungkan.
d) Murid-murid Melayu yang baru melangkah masuk ke darjah 1 rata-rata telah pun mempunyai perbendaharaan Bahasa Melayu yang mencukupi untuk terus belajar membaca.

Melalui kaedah ini guru tidak perlu menunggu murid mengetahui semua nama huruf, bunyi huruf dan suku kata sebelum mereka membaca perkataan-perkataan atau ayat. Malahan guru tidak begitu perlu memperkenalkan dan mengajar abjad dan bunyi huruf dari a hingga z secara tertib biasa.

Kaedah gabungan ini mencadangkan murid diperkenalkan kepada bunyi beberapa huruf vokal dan konsonan, dan kemudian terus membunyikan suku kata dan perkataan-perkataan yang bermakna, dalam satu hingga dua pelajaran. Dengan cara begini dalam dua atau tiga pelajaran sahaja, murid akan terus dapat membaca beberapa perkataan dan ayat, dan ini membuatkan murid merasa bangga kerana mereka boleh membaca serta faham apa yang dibaca.

Untuk menjelaskan kaedah ini secara terperinci, lihat beberapa contoh berikut:

1. Mulakan dengan memperkenalkan bunyi dua atau tiga huruf vokal: a, o, u dengan menggunakan kad imbasan (flash card). Buat latihan membunyikan huruf ini beberapa kali, selang-seli.

2. Kemudian perkenalkan pula bunyi dua atau tiga huruf konsonan, misalnya: d, k, m dengan menggunakan kad imbasan, dan buat latih tubi beberapa kali supaya semua murid dapat melafazkan bunyi tiap-tiap lambang itu dengan jelas.

3. Gabungkan bunyi tiap-tiap huruf konsonan dengan huruf vokal supaya menjadi suku kata:

  da di du ka ki k u sa si su

4. Seterusnya bina beberapa perkataan yang bermakna, misalnya:

ba..... ba.... baba
bu..... bu.....bubu
da..... da..... dada
ku..... ku..... kuku


5. Ulangi langkah ini beberapa kali, kemudian gabungkan dua perkataan menjadi ayat dan latih murid membacanya:

baba bubu
dada kuku

6. Perkenalkan gabungan lain:

a ..... ku..... aku
a..... da..... ada
i..... ni..... ini
i..... tu...... itu
bu..... ku..... buku
ba..... ba..... baba
bu..... ka..... buka
ba..... ju..... baju

7. Suruh murid-murid membaca ayat-ayat berikut daripada beberapa perkataan di atas:

aku ada buku
aku buka baju
ini buku aku
itu baju aku

8. Kemudian gantikan ‘aku’ dengan ‘baba’ dan ulang membacanya.

9. Seterusnya baca ayat-ayat ini pula:

buku dia
buku baba
buku aku/ku

10. Gantikan ‘buku’ dengan ‘baju’, ‘baju’, dan ‘kuku’ dan ulang bertubi-tubi dengan kad imbasan.

11. Perkenalkan gabungan bunyi lain pula seterusnya.

i ... bu ..... ibu
bu ... di ..... budi
u ... da ..... uda

budi ibu
budi ibuku
budi uda

di ... a ..... dia
ka ... ki ..... kaki

kaki dia
kaki ibu
kaki kuda

12. Suruh murid membaca ayat-ayat yang menggunakan berbagai-bagai perkataan yang dicipta:

ibu buku
baba uda bubu
udaku ada kuda
dia kaki kuda
buku uda

Kaedah gabungan ini boleh diajar di dalam tiga hingga empat hari, selama sejam sehari. Dalam seminggu sahaja murid-murid boleh mengenal huruf-huruf a, e, i, o : b, d, k dan membaca suku kata, perkataan-perkataan dan ayat yang dibentuk daripadanya.

Cadangan yang dikemukan ini berguna kepada guru pemulihan khas sebagai panduan dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran.


*** Artikal ini saya perolehi dan ubahsuai daripada laman blog Pelangi Petang.

Kemahiran Bacaan Awal Bahasa Melayu Prasekolah [Buku]


Buku Kemahiran Awal Bacaan Bahasa Melayu Prasekolah diterbitkan oleh Penerbit USM pada tahun 2011 dan dikarang oleh Naimah Yusoff, Nor Hashimah Hashim dan Hashim Othman. Ia mengandungi 122 halaman bercetak hitam dan putih.

Buku ini memperkenalkan kaedah KVB iaitu Kaedah Kawalan Vokal Berstruktur dalam pengajaran kemahiran bacaan awal. Kaedah ini bersandarkan kepada dua teori utama iaitu Teori Behavioris dan Teori Kognitif.

Topik-topik dalam buku ini menyentuh tentang perkembangan bahasa kanak-kanak, kemahiran membaca pada peringkat bacaan awal dan pelaksanaan pengajaran kemahiran bacaan awal melalui pendekatan Belajar Melalui Bermain. Buku ini juga turut dilengkapi dengan contoh aplikasi pengajaran seperti Ujian Kesedian Membaca dan Ujian kemahiran Bacaan awal.

Pendekatan Mengajar Kemahiran Membaca Bahasa Melayu


Membaca Perkataan KV + KV



Video Guru Pemulihan mengajar murid-murid pemulihan membaca perkataan KV + KV. Sabarnya guru ini mengajar anak muridnya. Anak murid pula nampak macam bersemangat sungguh hendak membaca.