Showing posts with label Buku Asas Membaca. Show all posts
Showing posts with label Buku Asas Membaca. Show all posts

20 Buku Bacaan Berperingkat / Bacaan Bergred Untuk Murid Pemulihan Khas, Pendidikan Khas & Prasekolah

Salam sejahtera.

Buku bacaan berperingkat atau bacaan bergred ini merupakan terbitan Bahagian Pendidikan Khas, KPM pada tahun 2014 untuk kegunaan Program Pemulihan Khas. Ia terdiri daripada dua siri iaitu siri 1 dan siri 2. Setiap siri mempunyai 10 buah buku bacaan yang berlainan tajuk dan bahan bacaan diolah secara berperingkat bersesuaian dengan tahap murid Pemulihan Khas, Pendidikan Khas, Prasekolah dan juga kanak-kanak yang masih belum lancar membaca.

Buku ini dimulakan dengan gambar dan perkataan berasaskan pengalaman murid. Perkataan-perkataan baharu yang diperkenalkan berasaskan konsep bunyi-bunyi suku kata. Setiap perkataan diwarnakan berdasarkan bunyi suku kata untuk memudahkan bacaan selain dapat menarik minat murid.

Buku Bacaan Siri 1


- mengandungi 10 siri buku yang berlainan tajuk.
- memuatkan kemahiran pemulihan 5 – 15.
- suku kata yang berwarna memudahkan bacaan murid.
- kepelbagaian kandungan adalah sebagai motivasi dan keyakinan diri murid untuk membaca sendiri.
- terdapat latihan pada bahagian akhir buku bacaan. Latihan berbentuk soalan pemahaman bermula dengan buku bacaan siri 1 buku 6.

Tajuk Buku Bacaan Siri 1


1. Sara dan Sani
2. Hobi
3. Keluarga
4. Kawan
5. Tempat Tinggal
6. Haiwan Peliharaan
7. Makanan Kegemaran
8. Bilik Darjah
9. Guru Sekolah
10. Sekolah

Buku Bacaan Siri 2


- Mengandungi 10 siri buku yang berlainan tajuk.
- Bermula kemahiran pemulihan 16 - 32.
- Suku kata tidak berwarna.

Tajuk Buku Bacaan Siri 1


1. Berkelah
2. Melawat Zoo
3. Balik Kampung
4. Pusat Sumber Sekolah
5. Membeli Belah
6. Hari Sukan
7. Hari Anugerah
8. Perayaan
9. Sambutan Hari Lahir
10. Kerja Amal

Muat Turun (Download) Buku Bacaan


1. Buku Bacaan Siri 1: Buku Bacaan Siri 1
2. Buku Bacaan Siri 2: Buku Bacaan Siri 2
3. Buku Bacaan Siri 1 & Siri 2: Telegram Cikgu Haseni


Siri 1 Buku 1 - Sara & Sani

Siri 1 Buku 1 - Sara & Sani m/s 1

Siri 1 Buku 1 - Sara & Sani m/s 11



Siri 1 Buku 1 - Sara & Sani - senarai perkataan

Siri 1 Buku 1 - Sara & Sani - latihan

Siri 1 Buku 10 - Sekolah

Siri 1 Buku 10 - Sekolah m/surat 10

Siri 1 Buku 10 - Sekolah m/surat 12 - latihan

Siri 1 Buku 10 - Sekolah m/surat 11 - senarai perkataan

Siri 2 Buku 3 - Balik Kampung

Siri 2 Buku 3 - Balik Kampung m/surat 12

Siri 2 Buku 9 - Sambutan Hari Lahir

Siri 2 Buku 9 - Sambutan Hari Lahir m/surat 6

Siri 2 Buku 9 - Sambutan Hari Lahir m/surat 11

Siri 2 Buku 10 - Kerja Amal

Siri 2 Buku 10 - Kerja Amal - latihan pemahaman

Sumber:
1. Bahagian Pendidikan Khas, KPM

Buku Bacaan Berperingkat Terbitan Unit Pemulihan Khas, Bahagian Pendidikan Khas KPM 2014

Salam semua.

Buku bacaan berperingkat yang diterbitkan oleh Unit Pemulihan Khas pada tahun 2014 ini terdiri daripada dua siri iaitu siri 1 dan siri 2. Setiap siri mempunyai 10 buah buku bacaan yang berlainan tajuk dan diolah secara berperingkat bersesuaian dengan tahap murid pemulihan khas. 

Buku ini dimulakan dengan gambar dan perkataan berasaskan pengalaman murid. Perkataan-perkataan baharu yang diperkenalkan berasaskan konsep bunyi-bunyi suku kata. Setiap perkataan diwarnakan berdasarkan bunyi suku kata untuk memudahkan bacaan selain dapat menarik minat murid.


Siri 1
- Mengandungi 10 siri buku yang berlainan tajuk.
- Memuatkan kemahiran 5 – 15.
- Suku kata berwarna.
- Kepelbagaian kandungan adalah sebagai motivasi dan keyakinan diri murid untuk membaca sendiri.


Siri 2
- Mengandungi 10 siri buku yang berlainan tajuk.
- Bermula kemahiran 16 - 32.
- Suku kata tidak berwarna.


Buku Bacaan Siri 1: Buku 1 - Sara dan Sani

Buku Bacaan Siri 2: Buku 10 - Kerja Amal


Untuk muat turun Buku Bacaan Siri 1 dan Buku Bacaan Siri 2, boleh ke pautan berikut:

Saya Pandai Membaca: Kaedah Suku Kata [Buku]



Buku Saya Pandai Membaca Kaedah Suku Kata ini dibeli oleh salah seorang ibubapa anak murid saya. Murid tersebut membawanya ke kelas pemulihan.  Murid ini memang rajin. Apabila latihan yang saya berikan sudah siap dan ditanda, dia akan sambung membuat latihan dalam buku ini.

Saya ambil kesempatan untuk membelek-belek buku ini. Persembahan buku ini agak menarik dengan ilustrasi gambar yang menarik, cantik dan kemas tersusun.

Siri buku ini mengandungi 4 judul. Sayangnya saya tidak berpeluang untuk meninjau ke semua judul buku. Adakah benar kaedah yang digunakan adalah keadah suku kata? 

Menurut penulis buku ini yang tidak disertakan namanya, program bacaan awal menggunakan buku ini akan membolehkan murid membaca dengan mudah dan tidak perlu mengeja sesepatah kata itu. Suku kata-suku kata diperkenalkan secara berperingkat-peringkat dan diulang-ulang secara latih tubi melalui kata-kata, ayat-ayat dan petikan-petikan. 

Namun apa yang saya perhatikan, petikan yang terdapat dalam buku 1 agak sukar untuk dibaca oleh murid kelas saya. Contohnya petikan "Ayah Aman Ke Pasar Mini", walhal Buku 1 lebih kepada pengenalan kepada bunyi huruf vokal dan huruf konsonan. Selepas diperkenalkan bunyi huruf vokal murid kemudian akan membaca ayat dan seterusnya petikan. 

Nampak cepat dan mudah tetapi hakikatnya apabila saya minta murid pemulihan membaca petikan, mereka masih tergagap-gagap. Apapun, saya saya fikir buku ini kurang sesuai untuk kegunaan pemulihan khas. Mungkin ia boleh dijadikan rujukan dan panduan guru dalam mempelbagaikan aktiviti dan kaedah pengajaran dalam kelas.









Kenal Baca Tulis (Info Kebatu) [Buku]

Buku Kenal Baca Tulis (Info Kebatu) membantu guru pemulihan mengajar menggunakan kiosk-kiosk di dalam kelas pemulihan khas. Ia ditulis berdasarkan sukatan Bahasa Melayu KIA2M dan KIA3M. Ia sesuai digunakan oleh murid Pemulihan Khas yang tidak mempunyai asas mengeja apatah lagi membaca. Buku di dalam  Siri Pemulihan Khas ini memuatkan bahan dan aktiviti kemahiran awal berbahasa termasuklah kemahiran lisan, membaca dan menulis.

Buku Siri Pemulihan Khas ini terdiri daripada 4 jilid yang ditulis oleh Jamaluddin bin Ahmad, Noraini binti Yaacob & Ahmad Fuad bin Jamaludin @ Din. Ia diterbitkan oleh PTS Profesional, 2007.

Jilid 1: Kandungan
  1. Huruf Kecil a hingga z
  2. Huruf Besar A hingga Z
  3. Huruf Vokal a,e,i,o,u
  4. Suku Kata Terbuka  KV
KV (a) - ba, ca, da ... za
KV (i) - bi, ci, di ... zi
KV (u) - bu, cu, du ... zu
KV (e) - be, ce, de ... ze
KV (o) - bo, co, do ... zo
KV (e) - be, ce, de ... ze
 
Jilid 2: Kandungan
  1. Suku Kata Tertutup KVK
KVK (an) - ban, can, dan ... zan
KVK (in) - bin, cin, din ... zin
KVK (un) - bun, cun, dun ... zun
KVK (on) - bon, con, don ... zon
KVK (en) - ben, cen, den ... zen
KVK (am) -bam, cam, dam ...zam
KVK (im) - bim, cim, dim ... zim
KVK (um) - bum, cum, dum ... zum
Jilid 3: Kandungan
  1. Suku Kata Tertutup KVK
KVK (ak) - bak, cak, dak ... zak
KVK (ik) - bik, cik, dik ... zik
KVK (ok) - bok, cok, dok ... zok
KVK (at) - bat, cat, dat ... zat
KVK (it) - bit, cit, dit ... zit
KVK (ut) - but, cut, dut ... zut
KVK (ar) - bar, car, dar ... zar
KVK (ir) - bir, cir, dir ... zir
KVK (ur) - bur, cur, dur ... zur
KVK (er) - ber, cer, der ... zer       
Jilid 4: Kandungan
  1. Suku Kata KVKK
    KVKK (ang) - bang, cang, dang ... zang
    KVKK (ing) - bing, cing, ding ... zing
    KVKK (ung) - bung, cung, dung ... zung
    KVKK (eng) - beng, ceng, deng ... zeng
    KVKK (ong)- bong, cong, dong ... zong
  2. Diftong 
  3. Vokal Berganding 
  4. Konsonan Berganding

Kepada sesiapa yang berminat, anda bolehlah klik pada link pada gambar di bawah ini untuk melihat kandungan buku dan contoh-contoh aktiviti yang boleh dijalankan semasa P&P.


Info Kebatu Jilid 1

Info Kebatu Jilid 2

Info Kebatu Jilid 3

Info Kebatu Jilid 4



Kemahiran Bacaan Awal Bahasa Melayu Prasekolah [Buku]


Buku Kemahiran Awal Bacaan Bahasa Melayu Prasekolah diterbitkan oleh Penerbit USM pada tahun 2011 dan dikarang oleh Naimah Yusoff, Nor Hashimah Hashim dan Hashim Othman. Ia mengandungi 122 halaman bercetak hitam dan putih.

Buku ini memperkenalkan kaedah KVB iaitu Kaedah Kawalan Vokal Berstruktur dalam pengajaran kemahiran bacaan awal. Kaedah ini bersandarkan kepada dua teori utama iaitu Teori Behavioris dan Teori Kognitif.

Topik-topik dalam buku ini menyentuh tentang perkembangan bahasa kanak-kanak, kemahiran membaca pada peringkat bacaan awal dan pelaksanaan pengajaran kemahiran bacaan awal melalui pendekatan Belajar Melalui Bermain. Buku ini juga turut dilengkapi dengan contoh aplikasi pengajaran seperti Ujian Kesedian Membaca dan Ujian kemahiran Bacaan awal.

Buku Aktiviti Untuk Murid Pemulihan Khas

Agak sukar bagi saya untuk mendapatkan buku panduan dan buku aktiviti untuk murid pemulihan khas di kedai buku. Kalau ada pun, saya terpaksa memilih isi kandungan yang bersesuaian dengan kemahiran yang hendak diajar. Setakat ini saya belum berjumpa dengan satu buku yang saya boleh guna secara keseluruhannya untuk P&P kelas saya. 

Terdapat beberapa siri buku yang saya jumpa dan sedang gunakan yang pada saya menarik dan praktikal tetapi sudah tiada di pasaran (mungkin saya belum jumpa lagi). Buku-buku tersebut saya perolehinya dengan meminjam di Perpustakaan Negara. Namun sayang sekali, buku-buku aktiviti tersebut telah diconteng oleh peminjam-peminjam seolah-olah ia seperti buku kepunyaan mereka.

Antara buku-buku tersebut ialah:

1. Siri Pemulihan Khas - Info Kebatu - Kenal, Baca dan Tulis (Jilid 1-4)







2. Siri Program Celik Huruf (PACU) Bahasa Melayu



 



3. Siri KIA2M