Showing posts with label COVID19. Show all posts
Showing posts with label COVID19. Show all posts

Tarikh Buka Sekolah Penggal 1, SOP & Pengoperasian Sekolah Sesi Persekolahan 2022/2023

Salam sejahtera.

Pada 5 Mac 2022, kenyataan media KPM memaklumkan tentang tarikh mula buka sekolah, operasi pembukaan sekolah dan SOP bagi persekolahan penggal 1 sesi 2022/2023.

















Tarikh Buka Sekolah


📌Sekolah akan dibuka di seluruh negara mulai 21 Mac 2022

MURID SEKOLAH RENDAH


📌Murid sekolah rendah yang jumlah murid lebih 600 orang akan bergilir untuk murid Tahun 3, 4 dan 5. 
📌Murid lain hadir ke sekolah secara bersemuka
📌Murid sekolah rendah yang kurang 600 orang murid hadir ke sekolah secara bersemuka
📌10% murid sekolah rendah perlu jalani ujian saringan kendiri di rumah

MURID SEKOLAH MENENGAH


📌Semua murid sekolah menengah akan PdPR kecuali sekolah berasrama penuh bermula 21 Mac hingga 3 April 2022

📌Bermula 4 April 2022, semua murid sekolah menengah akan hadir ke sekolah secara bersemuka


MURID SEKOLAH BERASRAMA PENUH


📌Sekolah Berasrama Penuh akan masuk ke asrama tanpa penggiliran bermula 4 April 2022 untuk murid Tingkatan 2,3,4 ,5 ,6, Pra Universiti, IBDP, Peperiksaan Antarabangsa Setara.

📌Murid Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh boleh memilih untuk PdPR ataupun menumpang di sekolah harian yang berdekatan rumah.


KOLEJ VOKASIONAL


📌Sesi persekolahan akan berlangsung tanpa penggiliran


KOLEJ MATRIKULASI/ INSTITUT PENDIDIKAN GURU


📌Semua murid akan hadir tanpa penggiliran


Sumber: KPM

SOP Pemeriksaan Suhu Badan Di Sekolah Dimansuhkan Mulai 11 Februari 2022



Susulan pengumuman Prosedur Operasi Standard (SOP) pemeriksaan suhu badan dan buku rekod daftar masuk ke premis dimansuhkan bermula hari ini, Jumaat 11 Februari 2022 oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, maka mulai 11 Februari 2022, KPM memaklumkan bahawa pemeriksaan suhu badan sebelum masuk ke premis institusi pendidikan bawah KPM adalah juga dimansuhkan (tidak diwajibkan). 

Walau bagaimanapun, semua guru, anggota kumpulan pelaksana (AKP), pekerja perkhidmatan sokongan dan pelawat masih diwajibkan untuk mengimbas kod QR melalui aplikasi MySejahtera sebelum memasuki sekolah dan juga premis institusi pendidikan bawah KPM.






Sumber rujukan:

[Infografik] Pembukaan Sekolah, Institusi Pendidikan KPM Mengikut Negeri Berdasarkan Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) Bermula 3 Oktober 2021

Salam semua.

Infografik pengoperasian institusi pendidikan bawah KPM mengikut negeri berdasarkan fasa Pelan Pemulihan Negara.

Maksud Istilah (Terms):

  • KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
  • MBK - Murid Berkeperluan Khas
  • SMKPK - Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas
  • SMPKV - Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional
  • SKPK - Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas
  • PPKI - Program Pendidikan Khas Integrasi 
  • PDPR -  Pengajaran & Pembelajaran Di Rumah
  • PPN - Pelan Pemulihan Negara
  • MKN - Majlis Keselamatan Negara
  • Tahap 1 - sekolah rendah darjah/tahun 1, 2 dan 3
  • Tahap 2 - sekolah rendah darjah/tahun 4, 5 dan 6
  • Prasekolah - kanak-kanak umur 5-6 tahun bersekolah di prasekolah KPM sebelum memasuki tahun 1.

Ringkasan SOP Pembukaan Sekolah Secara Berperingkat Mengikut Fasa PPN Mulai 3 Oktober 2021



1. PEMBUKAAN SEKOLAH


1.1 Pendekatan KPM - berdasarkan Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN)


- 3 Nilai Ambang iaitu:
  1. kadar vaksinasi
  2. kapasiti hospital
  3. data kemasukan ke hospital


1.2 Pembukaan Sekolah akan dibuat seperti berikut:


a. Fasa 1 - sekolah tidak dibuka.

b. Fasa 2

- sekolah dibuka bagi kelas Tingkatan 6 Semester 2 (STPM)
- murid Berkeperluan Khas (MBK) / Kelas PPKI dibenarkan hadir ke sekolah

c. Fasa 3

- sekolah dibuka untuk pelajar Tingkatan 5 dan 6, kelas Peperiksaan Antarabangsa
- kelas Prasekolah
- kelas PPKI/MBK

d. Fasa 4

- kelas peperiksaan & murid-murid lain secara berperingkat.
- Sistem Penggiliran:
  • murid/pelajar ke sekolah mengikut tahun/tingkatan & minggu.
  • SMK - tingkatan 5&6, tingkatan 3&4 dan tingkatan 1&2
  • SK MBK, Prasekolah
    • murid tahap 1 akhir bulan Oktober
    • murid tahap 2
  • kehadiran murid secara bergilir 50%
  • murid akan dibahagikan 50% untuk kehadiran mengikut kelas
- Tujuan:
  • Guru mudah mengawal murid
  • Kadar jangkitan dalam kalangan murid dapat dikurangkan


2. PENGURUSAN SOP


2.1 Pemakaian 'facemask' DIWAJIBKAN semua murid guru & warga sekolah

- semua langsir & poster dalam kelas perlu ditanggalkan bagi tujuan pengudaraan yang baik
- tingkap perlu dibuka sepanjang masa

2.2 Makan dalam kelas semasa rehat kecuali kelas berhawa dingin perlu di luar kelas

- Jika di luar risiko lebih tinggi dalam kelas lebih baik

2.3. PJK

- boleh dilaksanakan
- elak berkumpul & bersalin pakaian di sekolah (berpakaian PJ dari rumah)

2.4. Guru 'ingkar divaksin'

- tidak dibenarkan mengajar secara bersemuka
- ditempatkan di bilik berasingan
- diberikan tugasan lain (akan ditentukan oleh KPM)

2.5. Vaksinasi murid

- bermula umur 12 hingga 17 Tahun
- bawah 12 tahun akan ditetapkan kemudian

2.6. Pembukaan sekolah secara penggiliran

- bertujuan mendekatkan murid kembali ke sekolah
- tempoh PDPR yang terlalu lama menjejaskan emosi dan semangat mereka
- peluang guru mengenal pasti perkembangan murid & membuat program intervensi

2.7 Jika sekolah ada kes positif COVID-19?

- penutupan sekolah ditentukan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD)

2.8. Murid bergejala dari rumah

-tidak perlu hadir ke sekolah
-Ibu bapa perlu memaklumkan kepada pihak sekolah

2.9. Murid bergejala di sekolah

- diasingkan
- sekolah akan dibekalkan alat Ujian Kendiri (Self Test Kit)

2.10 Murid Sekolah Berasrama yang kembali ke sekolah

- akan diuji tahap kesihatan mengikut hari iaitu:
  • hari pertama, hari ke-6 dan hari ke-14

2.11. Takwim Persekolahan 2022

- dilaksanakan seperti pelajar SPM 2020 & 2021
- bulan Jan dan Feb - murid kekal di tahun / tingkatan semasa Tahun 2021
- bulan Mac - naik kelas/tingkatan mengikut Tahun 2022
- Contoh:
  • murid Tahun 6 (2021) kekal di kelas Tahun 6 pada bulan Jan & Feb 2022
  • Bulan Mac - Naik kelas Tingkatan 1
- ini bertujuan bagi Program Intervensi & 'polish' kembali murid


Kredit: https://t.me/ProjekGrafik


Pembukaan Sekolah Secara Berperingkat Mengikut Fasa PPN Mulai 3 Oktober 2021

Salam sejahtera semua.

Sidang media Menteri Kanan Pendidikan, YB Dr. Radzi Jidin pada 12 September 2021, Ahad yang lalu telah mengumumkan pelan dan SOP pengoperasian sekolah dan juga pembukaan sekolah secara berperingkat mulai 3 Oktober 2021 tertakluk kepada fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Paling penting, sistem penggiliran akan dilaksanakan iaitu murid di dalam sesebuah kelas akan dibahagikan kepada 2 kumpulan dan setiap kumpulan akan bergilir ke sekolah mengikut minggu yang ditetapkan. Sistem penggiliran ini pernah dicadangkan ramai sebelum ini termasuklah saya sendiri dan akhirnya ia bakal dilaksanakan.